Showing posts with label cer citer. Show all posts
Showing posts with label cer citer. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

[islamik]135 sehari


135 sehari
solat fardhu bersendirian = 1 darjat
solat fardhu berjemaah    = 27 darjat

setiap kali kita menyambut hari jadi,umur kita tidak meningkat tetapi jangka hayat kita telah berkurangan/menyusut sebanyak 1 tahun.
berapakah umur kita sekarang??

katakan jangka hayat orang malaysia adalah 75 tahun.
75 tahun di tolak dengan umur kita = berapa tahun sisa usia yang kita tinggal.

jika jawapanya kurang daripada 37.5 tahun,bermakna kita telah berada di separuh masa kedua atau mungkin di dalam waktu kecemasan sementara menunggu pengadil meniup wisel.

di dalam kesuntukan masa begini apakah mungkin amal ibadah kita mencukupi untuk bekalan disana.
5 x solat 1 darjat = 5 darjat sehari x 365 hari/1 tahun = 1825 darjat

atau kita perlukan pelaburan yang lebih baik,pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.
5 x solat 27 darjat = 135 darjat sehari x 365 hari/1 tahun = 49275 darjat

kerna kita tak punya cukup masa,ruang dan kesempatan...

marilah kita bersama-sama menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

Sunday, 9 June 2013

Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu

| Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu |

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.  Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

admin: kalau semua mati siapa yang tulis karangan ni??

cc: Media-Siber

Saturday, 1 June 2013

[Insaf]IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!  | Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

credit: jarigempaqnetwork

Thursday, 30 May 2013

[Pengajaran] Ku Sangka Orang Gila

WAJIB BACA !!

" Ku Sangka Orang Gila "

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

# Jangan sangka buruk pada orang , rupa tak mencerminkan hati

# SHARE cerita ini jika anda anggap cerita ini bermanfaat dan bagus untuk pengajaran

# LIKE cerita ini , kerana setiap LIKE itu , akan menyebabkan cerita ini tersebar dengan cepat , dan makin tersebar cerita ini , maka makin ramai yang insaf , inshaa Allah .

Saturday, 25 May 2013

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, aku memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu korang mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

Sistem Operasi
Mungkin korang sudah tahu dimana telefon pintar hari ini menggunakan pelbagai sistem operasi untuk dijalankan. Tetapi, sejauh manakah pemahaman korang kepada sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, antara sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar hari ini seperti Android, iOS, Blackberry, dan Windows Phone 7.

Android
Android adalah salah satu sistem operasi yang popular digunakan untuk telefon pintar. Versi terkini Android adalah Android 4.1 atau juga dikenali sebagai Jelly Bean. Tetapi, hingga hari ini tidak banyak telefon pintar yang menggunakan Android versi ini, tetapi ianya menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS). Kelebihan menggunakan peranti Android adalah pada bahagian pengubahsuaiannya dan kepelbagaian. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan mudah disesuaikan kepada pengguna. Walaupun banyak telefon pintar Android ini dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada korang semua, pilihlah telefon pintar yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich atau terkini kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmware terbaru. Jika korang tidak mempunyai bajet yang tinggi, korang juga boleh dapatkan telefon pintar yang menggunakan Android 2.3 Gingerbread.

Windows Phone
Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar. Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan antaramuka Metro. Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta integrasi bersama-sama perkhidmatan Microsoft membantu pengguna menggunakannya dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad atau kurang. Jika korang bercadang ingin menggunakan Windows Phone, aku disini mencadangkan korang membeli peranti Windows Phone dari Nokia. Nokia mempunyai sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.

iOS
iOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad, dan iPod. Jika korang adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk dari Apple. Tetapi jika anda mahu membeli peranti terkini dari Apple, aku cadangkan korang tunggu sebentar kerana model iPhone terbaru (dikatakan iPhone 5) akan diperkenalkan pada bulan hadapan. Selebihnya, iOS 6 (iOS terkini) hanya boleh digunakan pada model iPhone 3GS, iPhone 4, dan iPhone 4S. Jadi pilihan untuk korang amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual di Malaysia boleh dikatakan mahal, korang perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk memilikinya.
BlackBerry OS
BlackBerry OS yang terkenal dengan BBM adalah satu sistem operasi yang menggunakan kuasa bateri yang amat rendah. Ianya diperkatakan dibangunkan untuk kegunaan golongan ahli perniagaan dan datang didalam lingkungan yang tetap dan terhad. Bagi aku, reka bentuk perantinya tidak begitu menarik minat aku untuk menggunakannya dan sokongan aplikasi yang teramat kurang. Kesimpulannya, jika korang didalam golongan ahli perniagaan atau mereka yang mahukan telefon pintar yang mempunyai ketahanan kuasa bateri, inilah telefon pintar yang patut korang miliki.
Symbian/Nokia Belle
Symbian atau kini telah dijenamakan semula sebagai Nokia adalah satu sistem operasi yang kurang popular dipasaran Malaysia. Walaupun perantinya didatangkan dengan spesifikasi yang mungkin menakjubkan tetapi ianya tidak mampu mencapai nilai pasaran yang tinggi. Bagi aku sistem operasi ini boleh dikatakan menarik dari segi paparan dan fungsi yang disediakan, tetapi korang perlu tahu tidak semua perkara pada telefon pintar ada padanya. Dengan sokongan aplikasi dan permainan yang kurang, menyebabkan Symbian semakin hilang popularitinya. Walau bagaimanapun, versi terkini Symbian/Nokia Belle tidaklah teruk seperti mana yang diperkatakan. Aku sendiri pernah menggunakannya.
Faktor Reka Bentuk, Dimensi, Berat & Material 

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh Samsung Galaxy Note yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya agak keteria yang subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu aku perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk korang pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan korang atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari.
Saiz Skrin & Kualiti
 Skrin adalah satu perkara yang diambil kira semasa untuk membeli telefon pintar. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu. Pertama, mengenai saiz skrin tersebut. Ramai yang cenderung kepada skrin besar. Bagi aku, skrin bersaiz 4 inci sudah mencukupi & skrin yang melebihi 5 inci mungkin tidak mesra poket. Ya, aku maksudkan Galaxy Note. Selain dari itu, resolusi skrin tersebut patut dipertimbangkan. Apa guna skrin besar gabak kalau resolusi hampeh. Untuk dapatkan resolusi yang bagus, skrin tersebut sekurang-kurangnya mempunyai resolusi sebesar 800 x 480. Untuk paparan yang lebih baik, sudah semestinya resolusi HD (1280 x 720) dan qHD (960 x 540). Tetapi jika korang bertanya, telefon pintar apakah mempunyai resolusi paling baik? Jawapannya adalah iPhone 4S. Walaupun saiz skrinnya hanyalah 3.5 inci, ianya didatangkan didalam resolusi tinggi (640 x 960). Ini apa yang Apple perkatakan teknologi Retina Display. Disebabkan jumlah piksel yang tinggi pada skrin, jumlah ketumpatan piksel juga mestilah tinggi. Barulah mendapatkan paparan yang baik pada skrin tersebut.

Seterusnya adalah jenis skrin. Terdapat 2 jenis skrin yang digunakan iaitu LCD dan LED. Setiap telefon pintar menggunakan skrin yang berbeza-beza dan keduanya mempunyai tahap ketahanan yang berlainan. Sebagai contoh iPhone 4S dan HTC One X menggunakan skrin Super LCD with IPS (In-Plane Switching) manakala Samsung Galaxy S3 menggunakan skrin AMOLED. Kedua-duanya menghasilkan paparan yang bagus tetapi sedikit berbeza pada kadar penghasilkan warna, kontras, dan lain-lain. Aku tidak dapat jelaskan perkara tersebut disini kerana masih belum memahaminya dengan lebih dalam. Jadi, semasa memilih telefon pintar, pilihlah model yang mempunyai skrin yang boleh dilihat dari perbagai sudut dan dapat dilihat dibawah sinaran matahari. Selepas ini tiada lagi alasan untuk menggunakan telefon pintar dibawah sinaran matahari kerana korang mampu melihat paparan skrin yang dihasilkan dan bukannya wajah sendiri.

Prosessor & RAM 
Kedua-dua komponen ini seperti jantung dan otak sesebuah telefon peralatan komputer. Untuk mencapai kadar prestasi yang tinggi, prosessor yang baik dan RAM yang cukup diperlukan. Ya, ianya juga bergantung pada sistem operasinya juga. Kebanyakkan telefon pintar terkini hari ini dilengkapi dengan prosessor Dual-Core atau Quad-Core yang mempunyai kelajuan 1.2GHz atau lebih. Prosessor yang berkuasa dan digunakan pada telefon pintar adalah Qualcomm Scorpion dan ARM Cortex A9. Ia biasanya dipanggil SoC (System on Chip) yang terkandung CPU (Central Processing Unit) dan GPU (Graphic Processing Unit) sepagai pasangan. SoC terkini dan terbaik hari ini adalah Nvidia Tegra 3, Samsung Exynos Quad dan Qualcomm Snapdragon S4. Apa-apa pun, digalakkan cari telefon pintar yang menggunakan prosessor Dual-Core.
Kalau prosessor dah power, RAM pun kena power la jugak. RAM sebesar 512MB adalah paling minimum. Kebanyakkan telefon pintar yang dilabel ‘High End‘, ianya didatangkan dengan 1GB RAM dan ada juga 2GB RAM. Tak kisah besar mana RAM korang nak, yang penting 512MB ke atas.

Ruangan Kapasiti

Telefon dah canggih, skrin resolution dah terbaik, mesti nak masuk video HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. iPhone takde, tapi korang boleh dapatkan iPhone 64GB. Tetapi malangnya Windows Phone 7 juga tidak menyokong kad microSD, tetapi pada Windows Phone 8 diperkatakan bakal menyokong penambahan ruang kapasiti melalui sokongan kad memori. Untuk iPhone aku tak pasti. Tetapi ura-ura mengatakan iPhone 5 pun akan didatangkan dengan sokongan penambahan ruang kapasiti. Bagi aku, 8GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.

Sesetengah pengeluar telefon pintar bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan awan (cloud) dengan menawarkan sejumlah ruangan untuk pengguna yang menggunakan peranti mereka.

Kamera & Rakaman Video
Kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan kamera sebesar 5 megapiksel dan 8 megapiksel. Dan ada juga yang didatangkan dengan kamera bersaiz 16 megapiksel dan paling tinggi setakat ini adalah 41 megapiksel iaitu Nokia PureView 808. Biarpun saiz kamera yang sama pada berlainan model, kualiti gambar yang dihasilkan tidaklah sama. Jadi untuk pengesahan sila cuba ambil beberapa gambar dah periksa pada penghasilan warna, pengcahayaan yang rendah (low light), dan lain-lain. Begitu juga dengan rakaman video. Walaupun ianya mempunyai piksel yang sama, keupayaan rakaman video yang berbeza. Korang boleh periksa samaada kamera tersebut berupaya merakam video HD, dan yang paling baik apabila ianya mampu merakam video full HD 1080P.

Jangka Hayat Bateri
Mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pasti membanggakan seseorang itu, tetapi jika kuasa bateri hanya bertahan jangka masa yang pendek tidak guna juga. Mengikut pengalaman aku, melayari internet menggunakan sambungan 3G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, telefon pintar yang paling tinggi kapasiti baterinya adalah Motorola Droid RAZR Maxxiaitu sebanyak 3300mAH. Ianya diperkatakan mampu bertahan selama 20 jam waktu bercakap. Yang penting kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 7 ke 9 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.

Harga & Pakej

Harga sesebuah telefon pintar tersebut adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum membeli. Ianya bergantung sepenuhnya kepada bajet seseorang itu dan kepenggunaan peranti tersebut kepada individu itu. Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli telefon pintar yang terlalu canggih tetapi penggunaan telefon tersebut hanyalah minimum.
Bagi pakej pula, sila pertimbangkan kadar bayaran bulanan dan pakej ditawarkan sebelum membeli sesuatu telefon pintar yang mempunyai pakej dari syarikat telekomunikasi. Ianya bagi mengelakkan pembeli tidak terasa bebanan dan membayar sejumlah wang yang tidak tidak masuk akal untuk peranti tersebut. Buatlah keputusan yang bijak.

Monday, 22 April 2013

Mampukah Berbisik Saat Marah


Petua ini saya copy dari fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) . Semoga bermanfaat kepada ibubapa.....

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.

Monday, 18 February 2013

[Sedih]Ibu kucing menyelamatkan anaknya dalam kebakaran


Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.


Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.

* Cuba kalian perhatikan betul-betul gambar yang disiar.. Walaupun dalam kesakitan, Scarlett masih mahu menyusukan anak-anaknya.. Ya Allah.. mulianya hati mu wahai kucing..

cc: mnhadi89

Sunday, 17 February 2013

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

cc : Khaidir Ahmad

Tuesday, 4 December 2012

Ayah, bagi balik tangan Ita


gambar hiasan

Kisah yang MESTI anda baca : " Ayah , Bagilah Balik Tangan Ita. "

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."

sumber: Facebook

Monday, 3 December 2012

Bahaya coca-cola diminum bersama mentos

Seorang kanak-kanak di Brazil maut apabila memakan mentos bersama air coca-cola/pepsi. Satu tahun sebelum kejadian ini,kejadian yang sama juga turut kepada seorang budak di Brazil. Jadi berhati-hati dengan diri anda makan mentos/polo dan minum air coca-cola/pepsi bersama. Lihat uji kaji gambar di bawah:













Sunday, 2 December 2012

Misteri di KLIA



KISAH-KISAH MISTIK DI KLIA YG DICERITAKAN DI DALAM FORUM DAN JUGA ORANG PERSEORANGAN YG KERJA DI KLIA Sejarah KLIA dari Wikipedia : KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

 1. Bilik Maintenance Staf KLIA 
 kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shift mlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki...lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker...mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,...sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu...sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa "benda" tu

 2. Gate C
-C34 : hmm... penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.

-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil - 'za..oh za..' dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp 'tido ker..xper lah bye..''..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..

-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang...seram gile.

3. Jalan Raya Sekeliling KLIA 
-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev...citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh...terjadi kat sedara dia....ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu...ev andaikan yg pompuan lah....citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg...ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia....mmg dia kecut giler...tp dia maintain bwk keta tu....sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia...waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia....dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak....then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak....x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta....

-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..

Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan 'seseorang'..aku tak dapat tangkap bahasa 'seseorang' tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). 'seseorang' tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg 'seseorang' tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, "aku tak kacau engkau"..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..

4. Parking Underground KLIA
-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking...siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni...

5. Gate 2 
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2...hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh...dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh...kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma.....:L

6. Aerotrain KLIA 
-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat...dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan...dia duk dlm gerabak tgh....bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala...rambut panjang sampe kaki...duduk keras x toleh kiri kanan....membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat...dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk....aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar.....

7. Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)
-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 ... aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je ... skolah jauh kt kelantan nun ... so ade skali tu ... aku nye flight pagi ... kul 7 lebey kalo x silap ... so awal2 lagi kena check in la ... ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) ... ada family emergency time tu ...
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA ... aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama ... aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 ... hehehe ... bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni ... kalo KLIA tu da check in ... pagi2 sunyi ... walopn time tu da lebey kurang time subuh ... still x de org ... pas da check in ... aku lepak kt surau yg kt dlm tu ... tp mase aku solat subuh ... something yg aneh ar berlaku ... aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu' ... pastu mase aku rakaat kedua ... aku dengar org takbir "Allahu-Akbar" nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu' nk solat berjemaah la ... aku pun cm lek2 je la ... smayang cm bese ... imamkn la 'org' tu ... tp bile aku bagi salam ... aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: ...

Aku ni ape lagi ... cepat2 baca doa ... terus kuar surau tu ... cm kelam2 kabut ar ... pastu mase aku kuar ... ade org masuk surau tu ... staff klia kot sbb pakai uniform ... dia tanye nape aku kelam kabut ... aku x sempat nk ckp ape2 ... dia terus senyum ... ckp "pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat ... jin Islam pun ada dik" ... aku senyum kambing je la ... pas da siap2 pakai kasut ... aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu ... aku masuk balik nk amek ... tp surau tu da kosong ... brader yg tegur aku td tu pn da x de ... so sape yg ckp ngn aku td :funk: :funk: :funk: :funk:

8. Jungle Walk (Bilik Intai) 
- area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol: taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P

9. Tingkat 5, Tempat Berlepas. 
- lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari. tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh 'nampak', memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :(

10. Bilik Satelit 
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..

p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.

Sunday, 11 November 2012

Malam Pertama buat yang terakhir





Malam Pertama buat yang terakhir

Malam pertama …
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.

Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.


cc: RilekSantai page FB

Surat Adik Untuk Abang



Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..hmmm

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu, Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, kau ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.. Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah.. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 banyak air keluar.. Tapi kau cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, kau jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, kau jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah kau ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

kau ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, kau balik dari sekolah, kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab kau suke warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. kau x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, kau ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, kau x sekolah lagi.. kau pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru kau balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk kau, Tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. kau x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, kau ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu kau tengah tido.. Aku amik Dua riggit dalam poket jeans kau.. Masa balik sekolah, kau lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..

Abg, kau ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun.. kau hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..kau cakap kau ada hal.. Tapi sampai sekarang kau x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur kau dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada kau.. Kenapa kau diam je? Kenapa kau x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni… Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2.. Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat… dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang kau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pon sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu.. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan.. selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu.. Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pon tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya kau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah… Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah.. dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Saturday, 3 November 2012

Manfaat Kopi


INI ADALAH MANFAAT KOPI YANG SEBENAR KALAU KORANG NAK TAHU :

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi.

Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung den...
gan protein dari susu.
Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Kopi, seperti makanan atau minuman apa sekalipun, jika diambil secara berlebihan pasti akan memberi mudarat. Kajian mendapati tikus yang diberi kopi sahaja akan mengalami kematian.

Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersederhana. Makan dan minum secara bersederhana adalah baik untuk kesihatan. Seperti mengambil kopi yang berlebihan adalah memudaratkan, minum madu, makan nasi, hatta minum air kosong secara berlebihan pun akan memberi mudarat. Yang penting bersederhana.

Kopi yang dimaksudkan di sini adalah kopi dari biji kopi. Bukan kopi campuran atau kopi segera yang dihasilkan dengan mencampurkan perbagai bahan. Berhati-hatilah mengambil kopi segera kerana khasiatnya tidaklah seperti yang diwar-warkan seperti yang diingatkan oleh beberapa persatuan pengguna beberapa tahun lepas.

Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

INGAT SETIAP ORANG YAHUDI AKAN MENYEDIAKAN SECAWAN KOPI D ATAS MEJA MEREKA DAN MEREKA JUGALAH YANG MEMBERI ISU TENTANG KEBURUKKAN MINUM KOPI TERSEBUT

Friday, 2 November 2012

Kesilapan Memberi Salam


KESILAPAN MEMBERI SALAM YANG TELAH DILAKUKAN TANPA DISEDARI : 

97% muslim bila disebut:

"Wei mad, faiz kirim salam."

 Akan menjawab. "iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM."

okey, nampak macam tak de masalah kan? Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan? Ya. Memang ada masalah... =.=''

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui (Org tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tetapi

'wa'alaika wa'alaihissalam' (bg lelaki) 'wa'alaiki wa'alaihassalam' (bg perempuan)

Sebab apa? Faiz suruh Syafiq kirim salam kat Mad Mad jawab " wa'alaikumussalam "

Sedangkan : Wa'alaikumussalam = selamat sejahtera ke atas KAMU jadi salam faiz kepada Mad tak terjawab kan? sebab Mad dOakan salam tu kepada Syafiq. SEDANGKAN SYAFIQ TU ORANG TENGAH.. 

Manakala : Wa'alaiki wa'alaihassalam = dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab....