Sunday 10 February 2019

PUAN WANI BONGKAR RAHSIA BUAT JUALAN 800K SETAHUN!!!


BELAJAR OVERSEA, KERJA BAGUS, NOW BERGELAR SEORANG USAHAWAN

Salam, hye. Nama saya Wani, berasal dari Kedah.Sudah berkahwin dan ada anak comel 2 orang.

Ok ok, macam ni. Saya merupakan graduan Wellington University , New Zealand. Pulang ke Malaysia 2011 dan terus ditawarkan kerja di Public Bank HQ sebagai credit analyst.Belajar di NZ dengan tajaan penuh oleh JPA.


Kemudian pada 2013 saya menemui separuh lagi dari hati saya. Kami diijab kabul tahun 2013 selepas 6 bulan perkenalan.

Pekerjaan sebagai pegawai bank tahu tahu lah. Stress, pressure yang lain macam. Jam 7 am sudah keluar rumah.Jam 8 ,9 malam baru sampai rumah.Weekend pun kadang kadang perlu masuk office.Sedihnya…Paling tragis, kami pernah balik raya ke Kedah di pagi hari Raya, walhal cuti 5 hari time tu.

Keluar bulan pulang pun dengan bulan.

Saya tak tahan. Tambahan pula waktu itu, saya sudah 2 kali keguguran akibat stress kerja.

Kali ke 3 mengandung, saya ambil keputusan untuk berhenti bekerja.Yes, tekad dan keputusan yang amat berat dilakukan.Tinggalkan gaji yang sangat selesa. Sayang seribu kali sayang. Tapi bila difikirkan semula, keluarga, suami dan anak itu lebih utama.

2014 – 2016 saya tidak bekerja. Semuanya ditanggung suami tercinta.Kami hidup di kota raya KL secara sederhana. Masih menyewa di teres lama dan menggunakan Myvi sahaja. Kawan kawan lain semua dah naik pangkat, gaji apatah lagi. Jelesnya rasa.

Tekanan hidup di KL amat besar. Kesian suami yang perlu kerja keras.Siang dan malam. Saya tekad untuk bantu. Tak banyak pun x apa, asalkan ada. Jika tak boleh memudahkan dia, jangan pula menyusahkan.

Saya mula mencari jalan. Scroll FB, cari di internet,

Akhirnya...

Saya menemui Akademi Borong China. Mereka membantu usahawan or sesiapa sahaja yang baru nak bermula terjun dalam dunia niaga.

Modal kecil pun tak mengapa, modal besar apatah lagi.

Di Akademi Borong China, mereka bantu usahawan @ bakal usahawan yang nak memborong terus dari China.

Jika dulu, semua perlu ke China. Kini tak lagi.

Boleh beli barang secara Online jer. Mudah.Sangat mudah. Buat di rumah pun boleh sambil jaga anak anak.Mereka sediakan ebook, video panduan yang sangat lengkap.Sangat sesuai lah untuk saya yang suri rumah ini.

Dan paling best, support group di telegram, whatsapp dan FB juga ada. Customer servis layan semua masalah 24/7 sehari dan 7 hari seminggu. Sempoi dan santai.

Kini, sejak kenal dengan team diorang ni, saya dah pandai beli barang dari China thru online.Beli dari website Taobao dan 1688.com. Then saya jual pula di Shopee. Senang jer keja.Sambil jaga anak anak.

Semua panduan ni, team Akademi Borong China inilah yang ajar.

Jika saya boleh, anda juga PASTI BOLEH. Kita sama sama belajar, kita sama sama berniaga.Part time ok, full time lagiilah ok.

Beli barang dari China tak perlu banyak kontena, 1 barang je pon boleh. Kawan saya hanya membeli sebuah jam tangan original kemudian menjual semula di shopee. Sekarang beliau sudah menjadi usahawan jam tangan yang berjaya.

Ilmu yang saya dapat dan saya praktik ni ada.Saya nak share pula dengan anda.Simple je.


Sebulan sales di SHOPEE macam ni. OK ke SANGAT OK atau GILA LAH OK. Ini sales bulan 12 tau.Baru lagi.

Orang lain nak berniaga juga di Shopee.Tapi sales sendu jer kan? Hidup segan mati tak mahu. Tapi, team kami boleh jer buat. Bukan biasa biasa pulak tu.

Ilmu SHOPEE dan buat sales ni penuh dengan RAHSIA dan JURUS.

Nak tahu lebih lanjut?
KLIK SINI




Sunday 24 November 2013

Cara Menghilangkan Popup IDM 'Fake Serial Number'

Tutorial kali ini tok akan mejelaskan tentang bagaimana cara menghilangkan Window (sering disebut Pop-up) IDM yang mengganggu ketika sedang melayari internet, window itu disebabkan kerana kita menggunakan IDM Full Version berpunca daripada Crack/Keygen/Patch, dsb.

Fenomena ini terjadi di IDM versi 6.18 dan terjadi pada bulan November ini,ingatkan jadi dekat tok punya IDM sahaja, tapi bila tok buka Facebook banyak orang dari beberapa Group yang mengeluh kerana masalah ini,


Dengan adanya masalah ini tok berinisiatif mencari bagaimana cara membaiki semua ini, dan tok jumpa satu tutorial/cara yang sangat mudah untuk di praktikkan oleh siapa saja bahkan untuk newbie atau orang awam sekalipun, kerana tidak memerlukan Aplikasi/Software/Crack/Patch/Keygen Tambahan, mesti ada yang bertanya mengapa tok tidak menggunakan seperti software tambahan untuk menghilangkan masalah ini, tok berpikir supaya kita tidak bergantung pada software sepenuhnya, dan berusaha, dan kalau-kalau toolsnya terdapat virus dsb yang dapat membuat korang lagi sakit kepala.Kerana tutor ini tidak memerlukan korang untuk mematikan Anti Virus, jadi tok jamin tutorial ini selamat.Mari kita mencuba:

Sebelum itu tok nak korang semua buat macam dalam gambar di bawah. Nanti senang nak rename file.
Korang buka control panel >> Appearance and Personalization >> folder option.
Unmark pada bahagian yang tok merahkan..

1. Keluar/Tutuplah Terlebih dahulu IDM, dan tutup juga IDM yang berada Tray Icon

2. Sekarang buka directory software IDM yang berada di (C:\Program Files\Internet Download Manager) dan cari File yang bernama "IDMGrHlp.exe" ubah nama dan exstension file  menjadi "idmhelp_old.exe".
3. Tekan "Enter" atau ok setelah selesai merename Filenya, Enjoy....... Notifikasi Fake Serial Number Internet Download Manager yang menggangu tidak akan muncul lagi, di desktop korang.

Tok pasti akan ada keluhan satu lagi iaitu selepas korang merestart laptop/komputer akan ada suatu peringatan seperti gambar dibawah ini.
Jadi apa yang harus korang lakukan, korang tidak perlu melakukan apapun kerana peringatan itu hanya akan keluar setelah korang on pc/laptop, dan pop-up window yang biasanya muncul tentang notifikasi Fake Serial sudah hilang atau sudah bersih, Pop-up yang menyuruh kita reinstall adalah suatu permainan IDM untuk menberitahu, kita menggunakan IDM Trial lagi. dan sayang sekali permainannya sudah diketahui oleh tok. buktinya tok menggunakan IDM ini untuk mendownload Files atau Video, Musik, dsb tidak ada masalah.
tapi jika korang tetap rimas/bosan akan notifikasi ini ada suatu Alternatif atau jalan keluar untuk memperbaikinya atau mengatasinya atau menghilangkanya, dan caranya tentu sangat mudah, simple, dan sederhana.ikut tutornya.

1. Hampir sama dengan cara diatas tapi kali ini terus lompat ke step-2 ,Buka directory software IDM yang berada di (C:\Program Files\Internet Download Manager) dan cari File yang bernama "idmBroker.exe"ubah nama dan extensionnya menjadi "IDMGrHlp.exe"
2. Enjoy, dan rasa nikmat mendownload tanpa batas dan tanpa ada gangguan seperti Fake Serial Number atau ada Files yang Hilang.

Untuk menguji tutorial ini menjadi ke tidak korang boleh mencubanya dengan merestart pc/laptop korang. 

sekian terima kasih.

Wednesday 6 November 2013

[islamik]135 sehari


135 sehari
solat fardhu bersendirian = 1 darjat
solat fardhu berjemaah    = 27 darjat

setiap kali kita menyambut hari jadi,umur kita tidak meningkat tetapi jangka hayat kita telah berkurangan/menyusut sebanyak 1 tahun.
berapakah umur kita sekarang??

katakan jangka hayat orang malaysia adalah 75 tahun.
75 tahun di tolak dengan umur kita = berapa tahun sisa usia yang kita tinggal.

jika jawapanya kurang daripada 37.5 tahun,bermakna kita telah berada di separuh masa kedua atau mungkin di dalam waktu kecemasan sementara menunggu pengadil meniup wisel.

di dalam kesuntukan masa begini apakah mungkin amal ibadah kita mencukupi untuk bekalan disana.
5 x solat 1 darjat = 5 darjat sehari x 365 hari/1 tahun = 1825 darjat

atau kita perlukan pelaburan yang lebih baik,pulangan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.
5 x solat 27 darjat = 135 darjat sehari x 365 hari/1 tahun = 49275 darjat

kerna kita tak punya cukup masa,ruang dan kesempatan...

marilah kita bersama-sama menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

Sunday 29 September 2013

[Giveaway] Internet Download Manager v.6 Cracker

Assalammualaikum.fuhh!!dah lama sangat tok menghilangkan diri. Al maklumlah sibuk dengan hal dunia sampai lupa nak update blog.Hari nie tok nak share dengan korang tools cracker untuk idm versi 6.

Internet Download Manager atau yang sering disebut IDM adalah sebuah downloader yang cukup popular di kalangan pengguna PC dan Laptop. Jadi jika korang ingin download lagu, video, film, ataupon games, Internet download manager sangat bagus untuk korang gunakan.
Menurut tok, cara kerja dari IDM sangat sederhana dimana Internet Download Manager menampilkan butang dengan warna hijau apabila ada konten yang boleh korang download. Internet Download Manager memiliki kemampuan seperti meningkatkan kecepatan download 5 kali lebih cepat, meneruskan download yang di "pause", dan membuat penjadualan untuk melakukan download. Ciri-ciri "resume" dari Internet Download Manager membuat korang dapat meneruskan proses download korang yang tertunda atau error akibat internet terputus sehingga tidak perlu mengulanginya dari awal lagi.

Korang juga tidak perlu menggunakan browser khusus kerana hampir semua browser boleh menggunakan IDM. IDM sendiri menyokong penggunaan proxy sehingga semakin memudahkan korang dalam proses download.
Kesimpulan dari Internet Download Manager iaitu mudah, ringan serta cepat menjadi keunggulan dari IDM, mudah dalam penggunaan, ringan dalam penggunaan RAM dan juga cepat dalam download menjadikan IDM download manager yang disukai para penggunanya.

Tok juga menyediakan cara untuk menginstall IDM ke pc/laptop.Tok install menggunakan idm yang lama v.6.09.
Korang juga boleh mengguakan cara tok ni kemudian update ke version yang terbaru. Ataupon korang download latest version di Home Page IDM dan menggunakan cracker yang tok bagi ni.Guna cracker ini tak payah susah-susah nak block idm kt host.


Idm Cracker
4shared

Monday 17 June 2013

Cara Membuat AIO DVD Install Windows 7 sendiri 32bit dan 64bit

Korang semua mesti tahu, bahawa windows selalu datang dengan 2 versi, iaitu versi 32bit dan 64bit, dimana versi 64bit ini memang bertujuan untuk komputer baru sekarang yang rata2 memang sudah menyokong untuk versi windows 64bit, jadi jika korang mempunyai memori lebih dari 4GB, disarankan untuk menggunakan windows versi 64bit. Biasanya kita menginstall windows 7 dengan cd yang berbeza sesuai dengan versi yang kita inginkan (32bit dan 64bit), dan biasanya hanya satu model windows 7 saja, misal windows 7 profesional di dalam satu CD. Korang pasti tahu juga kita boleh membuka semua model windows (Basic, ultimate, dll) hanya dengan membuang file ei.cfg di folder windows 7 ISO, dengan cara ini semua versi boleh kita dapatkan dalam 1 CD.

Microsoft mengedarkan 2 versi windows dalam 2 CD yang berbeza (32bit dan 64bit), macam mana kalau kita gabungkan semua versi dan model dalam sebuah CD atau DVD atau juga USB Flashdisk untuk memudahkan kita memasang semula windows?.

Untuk ini kita memerlukan sebuah utiliti yang bernama WinAIO Maker Professional. Program ini yang akan melakukan tugas penggabungan dalam sebuah CD / DVD / USB Flashdisk Pemasangan windows7, yang kita perlukan hanyalah file. ISO windows 7 versi 32bit dan juga 64bit, jika belum ada file. Iso silakan Download dahulu, dan pastikan jika ingin memasang semula windows 7 kita sebelumnya pastikan juga data2 sudah dibackup terlebih dahulu.

WinAIO Maker Professional ini mudah alih (freeware) percuma dan memerlukan. NET framework untuk dapat bekerja,. NET framework sudah ada di windows7. Untuk membuat file ISO generik tunggal dengan edisi 32bit dan 64bit Starter (x86), Home Basic, Home Premium, Professional dan Ultimate hanya dengan beberapa langkah mudah. Klik butang AutoAIO pada tingkap utama dan tingkap baru akan muncul.

Masukkan folder kerja yang mana file temp akan disimpan dan ISO yang akan kita buat. Kemudian arahkan ke fail. ISO (x64) 64bit dan (x86) 32bit yang telah di-download sebelumnya. Default CD AIO ini dibuat dengan menggabungkan file. Iso 32bit dan 64bit dengan recovery untuk 32bit sahaja dan tidak boleh untuk merecover 64bit, untuk dapat merecovery 64bit, semak tempat pilihan "Enable 64bit recovery mode", kemudian klik butang "Start compilation" dan sebuah file . iso berisikan versi windows 32bit dan 64bit akan dibuat, dan dapat kita burn ke DVD atau juga boleh terus kita transfer ke USB flashdisk.

Kita juga boleh memadam versi windows yang tidak kita inginkan didalam file. ISO, fail. ISO nya terlebih dahulu harus kita ekstrak menggunakan program seperti 7zip atau program editor. Iso lain, dan editlah masing2 file install.wim dimasing2 versinya, dan buang versi windows yang tidak kita inginkan, kemudian simpan hasil editnya ke fail. ISO nya kembali.

Seperti Gambar diatas yang mana file .ISO yang aku buat hanya terdapat versi Home Premium (32 & 64)bit.

Pilihan lain dari perisian ini yang sangat berguna iaitu kita boleh membuat usb flashdisk untuk menginstall windows, cukup klik butang "WinToUSB" yang boleh mengtransfer file. Iso ke usb flashdisk. Pilih folder di mana fail. Iso telah di ekstrak, atau gunakan fungsi ISO2Folder dulu dan pilih drive usb yang tersenarai.

WinAIO Maker Professional

Kalau tak paham sila lihat video di bawah..

Download file Windows 7 ISO


Kebanyakan tidak semua perisian dijual secara online di mana pengguna boleh membayar menggunakan kad kredit atau paypal dan ketika transaksi selesai, mereka akan dapat men-download versi penuh atau disertakan dengan lesen kunci (serial number) untuk menukar versi percubaan (versi trial) menjadi aktif versi lengkap (versi full). Adapun sistem operasi Windows 7, Microsoft tidak menjual secara online dan satu-satunya alasan mengapa ada yang asli dan rasmi Windows 7 pemasangan ISO yang boleh dimuat turun di Internet adalah kerana beberapa etalase talian berasaskan web dan peruncit seperti "Digital River" menjual lesen Windows 7.

Berikut adalah senarai kompilasi link Windows 7 yang boleh dimuat turun secara langsung dalam format ISO yang boleh diekstrak, di burn ke DVD. Perlu ambil perhatian bahawa anda akan memerlukan nombor lesen yang asli (produck key) untuk mengaktifkan Windows 7 ini atau ia hanya boleh bekerja dalam masa yang terhad.Anda juga boleh menggunakan loader atau RemoveWAT.

Download link dibawah ini:

Windows 7 Professional x64 (64-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65805/X15-65805.iso
German: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65813/X15-65813.iso
French: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65811/X15-65811.iso
Spanish: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65843/X15-65843.iso

Windows 7 Professional x86 (32-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65804/X15-65804.iso
German: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65812/X15-65812.iso
French: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65810/X15-65810.iso

Spanish: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65842/X15-65842.iso

Windows 7 Home Premium x64 (64-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65733/X15-65733.iso
German: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65741/X15-65741.iso
French: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65738/X15-65739.iso
Spanish: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65771/X15-65771.iso

Windows 7 Home Premium x86 (32-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65732/X15-65732.iso
German: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65740/X15-65740.iso
French: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65738/X15-65738.iso
Spanish: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65770/X15-65770.iso

Windows 7 Ultimate x64 (64-bit)
English: http://91.121.99.184/paolo/win7-64bit.iso

Mirror:http://91.121.99.184/paolo/win7-64bit.iso

Windows 7 Ultimate x86 (32-bit)
English: http://91.121.99.184/paolo/win7.iso
Mirror: http://91.121.99.184/paolo/win7.iso

Windows 7 Home Premium N x86 (32-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X16-13457/X16-13457.iso

Windows 7 Home Premium N x64 (64-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X16-13459/X16-13459.iso

Windows 7 Professional N x86 (32-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X16-13548/X16-13548.iso

Windows 7 Professional N x64 (64-bit)
English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X16-13550/X16-13550.iso

Korang juga boleh download dari post aku yang lepas: http://www.kerenggakomuniti.blogspot.com/2012/02/windows-7-free-download.html

Server dari dari Digital River menyediakan sambungan yang laju, jadi proses menyedut file tidaklah menjadi persoalan.

Sunday 9 June 2013

Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu

| Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu |

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.  Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

admin: kalau semua mati siapa yang tulis karangan ni??

cc: Media-Siber

Sunday 2 June 2013

[Info]Cara Menghilangkan Iklan Pada Website

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak berkongsi sikit tricks menghilangkan iklan pada mana-mana website salah satunya adalah youtube.Kalau korang tengok gambar di bawah ini boleh ke korang baca artikel blog tersebut??Jawapannya tentulah tidak kan.. :p


Mari kita mulakan.Ini untuk pengguna chrome sahaja.. :p

1.Sila ke sini untuk download chrome punya extension--->> Adblock Plus

2.Bila dah bukak korang terus tekan install for chrome.Lepas itu akan ada popup,korang tekan ja add.

3.Extension chrome akan install secara automatik.

4.Korang mesti nak tahu extension tersebut dah install ke belom..Korang pilih customize pada chrome korang klik pada tool dan seterusnya extension.Dekat situ korang boleh enable/disable.

Sebenarnya Adblock Plus ini berfugsi pada lain-lain browser jugak.Korang cuma pilih browser mana yang korang guna.Kalau nak guna pada mozilla sila bukak laman web Adblock Plus pada browser mozilla nanti senang nak install.