Showing posts with label Dragon Force. Show all posts
Showing posts with label Dragon Force. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

Website Malaysia Jadi Mangsa Godam


Baru-baru ini KK memdapat berita tentang website Malaysia di godam oleh penggodam Indonesia. Mereka menyatakan terdapat sebab mereka berbuat demikian. Sebab mereka berbuat demikian adalah hendak membalas dendam terhadap warga Indonesia yang dirogol oleh 3 orang pegawai polis semasa mangsa berada dalam tahanan polis. KK tak nak bercerita panjang tentang itu anda boleh baca dari sumber ini Berita Harian. Betol la kata pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga, Malaysia mungkin dijadikan bahan cacian oleh rakyat Indonesi. Kalau kita lihat pada zone-H kita akan dapat lihat banyak website .my digodam oleh penggodam Indonesia. Itu tak termasuk lagi penggodam Malaysia yang anti kerajaan.hmmm..KK sempat mengumpul site yang telah digodam oleh penggodam Indonesia.

http://adaglobal.com.my/v1/
http://www.proligen.com.my/
http://klec-skillstraining.com.my/
http://longson.com.my/
http://www.nusb.com.my/
http://eaduan.mdraub.gov.my/
http://e3sb.com.my/
http://eborder.com.my/
http://edublogs.com.my/
http://eaduan.mdraub.gov.my/
http://e3sb.com.my/
http://eborder.com.my/
http://edublogs.com.my/
http://www.jkmnj.gov.my/

sampai bila benda macam ini akan tamat?? "tumbuk muka kawan,tanya selera dia"

Tuesday, 17 April 2012

Gempak!!!Laman Kerajaan Digodam

klik gambar untuk zoom
Assalammualaikum dan salam sejahtera..Baru beberapa minit yang lepas KK terbaca di ruangan MyDefacer berita yang gempak sekali. Berita yang dikeluarkan adalah mengenai laman kerajaan di godam. Pada 18 April 2012 jam 2.00 a.m 6 laman kerajaan telah digodam oleh dua orang penggodam yang hanya dikenali sebagai HeavenCode & Joker Newbie3viLc063s.

Mesej yang disampaikan oleh mereka seperti gambar diatas. Mereka ini bertindak atas dasar politik ataupun untuk membuktikan kelemahan sistem di Malaysia. KK pun tidak tahu motif mereka sebenarnya. KK pon berasa hairan,laman sesawang seperti Pemaju Utama Cyberjaya pon turut digodam. Sepatutnya sistem keselamatan mereka lebih teguh berbanding laman yang lain. Tapi kenapa penggodam dapat meloloskan diri dan dapat menawan laman tersebut? Tapi yang pastinya, di dalam jaringan tiada 100% yang selamat. Fikir-fikir kan lah..

Senarai laman kerajaan yang telah digodam:

http://ekursus.jkmselangor.gov.my/
http://pkmdklang.jkmselangor.gov.my/lol.html
http://e-levi.kastamns.gov.my/
http://e-kit.kastamns.gov.my/
http://teraju.gov.my/
http://cyberjaya-msc.com/index.html

Monday, 16 April 2012

Malaysia Cyber Conference (MCC)

Assalammualikum dan salam sejahtera,

Berita manarik untuk penggemar IT. Dragon Force telah menganjurkan satu sesi perjumpaan diantara crew-crew IT di Malaysia Cyber Conference. Majlis tersebut akan diadakan di Ipoh,Perak pada 12 Mei 2012. Kemungkinan ramai dari crew yang berbeza akan menjayakan majlis tersebut. Korang yang newbie nie boleh berjumpa dengan otai-otai hacking. Tunggu apa lagi,tanya la apa yang korang nak tanya.

Majlis macam nie bagus juga diadakan,boleh mengeratkan silaturrahim antara penggemar IT. Majlis ini adalah terhad kepada 100 orang sahaja. Mana-mana crew atau orang luar boleh jugak menyertai program tersebut. Bayaran yang dikenakan RM20 seorang. Bagi yang berumur 17 ke bawah hanya dikenakan RM40 sahaja. KK pon tak nak mengulas panjang lebar. Korang boleh baca berita selanjutnya di web rasmi Dragon Force.

Info Lanjut:
My Defacer
Page Facebook
Web Rasmi

Friday, 13 April 2012

Fan Page Zed Zaidi di Godam???

Cerita panas,lagi laman artis digodam. Kali ini berlaku kepada artis Rozaidi Abd Jalil atau dikenali sebagai Zed Zaidi.Fuhh! kalau tengok pada screen shoot macam peminat Aaron Aziz yang menggelar  diri mereka Aaronators Crew.

Laman tersebut di ambil alih kira-kira jam 12 tengah malam.Daripada sumber yang deperolehi mengatakan Zed Zaidi iaitu Timbalan Persatuan Seniman Malaysia telah menimbulkan situasi tegang apabila telah meluahkan perasaan yang tidak enak di Twitter miliknya pada isnin lepas. Luahan hati beliau menggambarkan tidak senang dengan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH 2011.
Sebagai Timbalan Persatuan Seniman dan juga artis yang dikatakan popular sepatutunya berfikir dahulu sebelum mengatakan sesuatu.Ini boleh menjatuhkan pupulariti beliau sebagai artis. Takut peminat setia bertukar selera pulak. Dalam kejadian tersebut Zed Zaidi telah membuat laporan polis di Damansara.
Dengar cerita laman facebook tersebut telah diberikan kepada pemilik asal. Kalau betul Alhamdulillah.

p/s: nasihat KK kalau nak online wifi awam haruslah berhati-hati. Takut kena macam Zed Zaidi pula. Xpasal-pasal anda jadi popular.

Friday, 6 April 2012

Ibu Mohon Facebook Anak Ditutup


Ibu kepada Nur Farrahin yang sedang terlantar di hospital merayu agar facebook anaknya yang meniggal dunia pada 28/3/2012 ditutup dengan segera. Ini berikutan mimpi yang dialami oleh ibu arwah yang mengatakan, anaknya datang dalam mimpinya merayu agar facebook nya ditutup. Kemungkinan roh anaknya tidak tenteram akibat dari gambar tidak menutup aurat yang dimuat naik oleh arwah ke laman sesawang facebook. Atas usaha kakak angkat arwah melaporkan kejadian ini kepada pihak Dragon Force dan Rileks Crew,penggodam Malaysia mengambil tindakan untuk sama-sama membantu.

Dengan usaha yang tidak putus-putus oleh pengodam Malaysia dan pengguna facebook yang lain, akhirnya usaha mencapai kejayaan. Pada 6/4/2012 jam 8.30 pm facebook adik Nur Farrahin berjaya ditutup. KK memanjatkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana berjaya dalam misi ini. KK berharap semoga roh adik Nur Farrahin ditempatkan di sisi Allah S.W.T.Amin....Jagan lupa untuk sedahkan AL-FATIHAH kepada arwah Nur Farrahin.

Pembaca juga boleh sampaikan salam tahziah kepada keluarga arwah Nur Farrahin melalui kakak angkat arwah di facebook Yaya Kesepian.


p/s: KK ingin berpesan kepada kaum hawa,jaganlah memuat naik gambar yang tidak menutup aurat ke laman sesawang, tidak kira facebook,twitter,tag,myspacer dll. KK juga berharap perkara sedemikian tidak berulang kembali kepada kaum hawa yang diluar sana.


Terima Kasih!!

Sunday, 1 April 2012

#Ops 30 March


Assalammualaikum dan salam sejahtera,,

Pada 30 March yang lepas crew-crew hacker Malaysia telah menjalankan satu operasi terhadap Israel  agar tidak terus menyerang Palestine. Banyak website negara luar terutama website yang menyokong tindkan Israel menyerang Palestine telah ditawan/di deface. Semua crew-crew hacker terutamanya Dragon Force, Rileks Crew, VVIP, dan dll berkumpul dalam satu nama iaitu #ops 30 March. Dalam serangan yang bermula pada jam 12.00 a.m hingga 12.00 p.m telah banyak website di serang. KK mengucapkan bebanyak terima kasih kepada crew-crew hacker yang terlibat. Antara deface yang korang boleh lihat.

http://www.sdcoop.com/megacreeps.html
http://www.ethnic.com.my/index.html
http://szwq.wlcbsgs.gov.cn/Freedom.html
http://bedandbreakfast.grallsta.com/illusionz.html

http://chaxun.iiscc.org/illusionz.html
http://www.skt.ac.th/illusion.html
http://jackrusselterrier.se/illusionx.html
http://www.denuncio.cl/Israhell.html
http://www.icandyvisuals.com/illusion.htm
http://www.altusautoauction.com/illusion.htm
http://www.denuncio.cl/illusion.htm
http://www.qjgs.gov.cn/illusion.htm
http://dev1.ipsd.org/illusionx.html
http://www.entreculturas.pt/illusion.html
http://www.hastsportguiden.se/illusion30.html
http://www.fulaigongwq.com/illusion30.html

dan banyak lagi..



Tuesday, 27 March 2012

Forum rc.my kena godam??

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Petang tadi KK dapat berita daripada MyDefacer bahawa forum Rilek Community telah digodam. Agak terkejut jugak KK mendengar berita itu. Setahu KK forum tersebut dibina oleh programmer, nama pon programmer mesti la tahu kelemahan sesuatu website dan cara mengatasi. Hacker yang digelar sebagai 'Tiada Otak" bukan hack suka-suka. Beliau menghantar mesej lebih kepada nasihat kepada penggodam lain agar tidak melakukan kemusnahan dan kekecohan di laman sesawang. KK dapat snap mesej yang disampaikan..


Hacker "Tiada Otak" ini bukan datang untuk peperangan tapi lebih kepada nasihat. Korang amik iktibar pasal kejadian ini. Apa yang KK dapat lagi dari My Defacer ialah amanat dari wak ketari. Korang baca dulu amanat tersebut sebelom sebelom melakukan penggodaman.

Tuesday, 6 March 2012

Bukan Kerana Nama


Assalammualaikum dan salm sejahtera,,
Pagi tadi kita telah disiarkan berita tentang kejatuhan 4 laman web yang menghina islam. Berita tersebut disiarkan di Metro Online dan di akhbar Metro. Pihak yang telah menjayakan operasi ini digelar sebagai Dragon Force,tidak lupa juga crew-crew hacker lain yang terlibat. Saya sebagai salah seorang ahli daripada Dragon Force berbnyak-banyak bersyukur ke hadrat ilahi. Tanpa pertolongan daripada yang maha Esa kita tidak dapat menjayakan operasai begini.

Untuk pengetahuan korang semua, Dragon Force bukanlah mencari populariti dengan menjayakan operasai seumpama ini. Ia sebagai keperihatinan sebagai umat islam yang tidak mahu agama Islam di pandang rendah sebegitu. Memang dulu Dragon Force pernah menggegarkan dunia cyber dengan menggodam laman web kerajaan Malaysia. Tapi kini mereka kembali untuk membersihkan nama Dragon Force. Bukan laman web manghina islam sahaja  malah terdapat group-group yang keruntuhan akidah juga ditumpaskan cuma ia tidak di hebahkan.
Mungkin ada diantara korang tidak tahu siapakah mereka yang bergelar Dragon force. Nak sertai mereka?? Mari ikuti perkembangan mereka di group facebook.




Monday, 27 February 2012

Web Menghina Islam Akhirnya Tumpas

Assalammualikum dan salam sejahtera....

Semalam para hacker Malaysia telah menjalankan satu misi menjatuhkan sebuah laman web yang menghina Islam burn the quran. Pada pukul 12.00 tengah malam tadi laman web tersebut telah pun ditutup. Kewujudan laman web tersebut membangkitkan kemarahan banyak pihak terutamanya penganut agama Islam. Mereka yang menjalankan misi tersebut bersyukur kerana laman web tersebut berjaya ditumpaskan. Kat bawah ni aku sempat screen shot laman web tersebut.
klik gambar untuk zoom
Gambar diatas menunjukkan  muka hadapan laman web yang menghina Islam.

klik gambar untuk zoom

Gambar kedua pula menunjukan laman web tersebut telah tumpas.

Dengan kerjasama diantara kumpulan Dragon Force (DF),Rileks Crew (RC),Phantom Crew,The Killer Sec Crew,BlackOps dan crew hacker yang lain..Terima Kasih untuk anda semua. Bukan laman web itu sahaja, mungkin laman web yang menghina Islam turut juga ditumpaskan masa akan datang. Kaedah yang mereka gunakan ialah Distributed Denial of Service (DDOS).

Aku harap korang juga dapat turut serta menghalang laman web yang menghina Islam.

Jika korang mahu turut serta atau ingin menyumbangkan kemahiran dalam bidang hacking, korang boleh join group Dragon Force (DF). Sekian.....


Wednesday, 22 February 2012

Group Lesbian Ditawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca [MD].
Baru semalam MD bercerita mengenai Fan page gay yang digodam lolz shield phc. hari ini Group lesbian pula dijadikan sasaran para hackers dimalaysia..

Apa pun, terlebih dahulu pihak Mydefacer mengucapkan TAHNIAH kepada bro mega creeps kerana berjaya menggodam/hacked group group yang negatif dan jijik dipandang mata masyarakat.
MD berlegar legar di ruangan group kami DragonForce Love Malaysia.., terbaca satu post yang di post mega creeps.


Group lesbian yang berjaya digodam..

2 group lesbian yang berjaya digodam oleh rakyat malaysia lagi.Apa yang dimaklumakan MD, kedua dua group itu adalah milik admin yang sama... Teknik yang digunakan hacker untuk menceroboh akaun mangsa adalah dirahsiakan. Group yang digodam adalah milik warga new york. yeah!!! Malaysia boleh.

Gejala gejala negatif seperti ini bagi pandangan MD memang patut dibanteras. Dalam dunia maya.. kebanyakan pratus penguna internet  hanya mengunakan 32% kearah positif dan sebaliknya.

Pesanan mega creeps kepada lesbian dan gay diseluruh dunia.:
" gay dan lesbian adalah satu perbuatan yang tidak bermoral , hindari dari gejala yg tidak baik..yg boleh menjatuhkan maruah sendiri "


sumber: My Defacer

Laman Dilumpuh



KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ mendakwa laman facebook (fb) yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura berjaya dilumpuhkan hasil kerjasama antara penggodam tempatan di seluruh negara.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog mydefacer.tk, mereka mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan perbuatan melampau pentadbir laman berkenaan. 
Mereka mendakwa sudah dihubungi seorang penggodam bernama Tok Imam yang menyeru semua rakan- penggodam bekerjasama melumpuhkan laman itu.

“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ‘hackers’ Malaysia, akhirnya kumpulan biadab itu dilumpuhkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi walaupun penggodam sering dilabel secara negatif ada kalanya taktik agresif seperti yang dilakukan mereka perlu digunakan terhadap laman web yang berniat jahat. Dibawah ialah keratan akhbar Metro yang telah diperolehi.






sumber: mymetro.com.my

Saturday, 4 February 2012

Dragon Force [ DF ]

Assalammualaikum dan salam sejahtera,,

Hari ini aku nak buat entry pasal Dragon Force. Korang tahu tak apa itu Dragon Force??
Meh sini aku citer sikit kat korang. Dragon Force asalnya ialah pecahan daripada Rileks Crew. Maknanya Dragon Force dan Rileks Crew adalah adik beradik. Dragon Force dikenali di dalam dunia hacking (godam).
Kalau korang tanya budak-budak hacker dorang mesti tahu group Dragon Force. Group nie top jugak la. Pernah menceroboh beberapa website dalam Malaysia. Aku pon tak tahu apa motif dorang buat macam 2, sama ada sebagai protes terhadap SKMM menyekat  kebebasan  pengguna internet atau sebagai website tester. Kat bawah nie contoh website yang telah digodam oleh Dragon Force.
                                                               
http://politeknik.gov.my/index.php hacked by Kambeng Merah
http://www.tourmalaysia.com.my/ hacked by Kambeng Merah
http://jbiotech.gov.my/admin/ hacked by unknown
http://www.tourmalaysia.com.my/ hacked again by Kambeng Merah
http://smpn5solo.net/dragonforce.php hacked by DarkJawa
http://www.royalasiahotelplg.com/iklan/mirror/ hacked by Khairul Anuar
http://ezi2care.jkm.gov.my/ hacked by Kambeng Merah
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/v2/ hacked by Alex John (bukan member Dragon Force)


Ini adalah kisah hitam dorang. Sekarang Dragon Force telah kembali dengan berwajah baru. Mereka mahu membersihkan nama Dragon Force biar diterima oleh rakyat malaysia. Dragon Force juga ada menyediakan kelas, basic pasal internet, basic hacking,korang juga boleh belajar cara meningkatkan security dalam blog,website atau facebook.


Kalau nak join DF korang tengok link kat bawah nie:


http://www.facebook.com/groups/mydfarmy/
http://www.facebook.com/groups/DFlovemydefacer/
http://www.facebook.com/groups/mydragonforce.gov.my/
http://www.facebook.com/mydragonforce
http://mydragonforce.wordpress.com/ 





Saturday, 14 January 2012

DF Chatroom




Cara register dan login

Untuk pengguna baru:

Register

/msg nickserv register <password anda> <email anda>

cth : /msg nickserv register 1234345 user@yahoo.com

Login

/ns identify <password anda>

cth : /ns identify 123453