Showing posts with label Tutorials. Show all posts
Showing posts with label Tutorials. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

Cara Menghilangkan Popup IDM 'Fake Serial Number'

Tutorial kali ini tok akan mejelaskan tentang bagaimana cara menghilangkan Window (sering disebut Pop-up) IDM yang mengganggu ketika sedang melayari internet, window itu disebabkan kerana kita menggunakan IDM Full Version berpunca daripada Crack/Keygen/Patch, dsb.

Fenomena ini terjadi di IDM versi 6.18 dan terjadi pada bulan November ini,ingatkan jadi dekat tok punya IDM sahaja, tapi bila tok buka Facebook banyak orang dari beberapa Group yang mengeluh kerana masalah ini,


Dengan adanya masalah ini tok berinisiatif mencari bagaimana cara membaiki semua ini, dan tok jumpa satu tutorial/cara yang sangat mudah untuk di praktikkan oleh siapa saja bahkan untuk newbie atau orang awam sekalipun, kerana tidak memerlukan Aplikasi/Software/Crack/Patch/Keygen Tambahan, mesti ada yang bertanya mengapa tok tidak menggunakan seperti software tambahan untuk menghilangkan masalah ini, tok berpikir supaya kita tidak bergantung pada software sepenuhnya, dan berusaha, dan kalau-kalau toolsnya terdapat virus dsb yang dapat membuat korang lagi sakit kepala.Kerana tutor ini tidak memerlukan korang untuk mematikan Anti Virus, jadi tok jamin tutorial ini selamat.Mari kita mencuba:

Sebelum itu tok nak korang semua buat macam dalam gambar di bawah. Nanti senang nak rename file.
Korang buka control panel >> Appearance and Personalization >> folder option.
Unmark pada bahagian yang tok merahkan..

1. Keluar/Tutuplah Terlebih dahulu IDM, dan tutup juga IDM yang berada Tray Icon

2. Sekarang buka directory software IDM yang berada di (C:\Program Files\Internet Download Manager) dan cari File yang bernama "IDMGrHlp.exe" ubah nama dan exstension file  menjadi "idmhelp_old.exe".
3. Tekan "Enter" atau ok setelah selesai merename Filenya, Enjoy....... Notifikasi Fake Serial Number Internet Download Manager yang menggangu tidak akan muncul lagi, di desktop korang.

Tok pasti akan ada keluhan satu lagi iaitu selepas korang merestart laptop/komputer akan ada suatu peringatan seperti gambar dibawah ini.
Jadi apa yang harus korang lakukan, korang tidak perlu melakukan apapun kerana peringatan itu hanya akan keluar setelah korang on pc/laptop, dan pop-up window yang biasanya muncul tentang notifikasi Fake Serial sudah hilang atau sudah bersih, Pop-up yang menyuruh kita reinstall adalah suatu permainan IDM untuk menberitahu, kita menggunakan IDM Trial lagi. dan sayang sekali permainannya sudah diketahui oleh tok. buktinya tok menggunakan IDM ini untuk mendownload Files atau Video, Musik, dsb tidak ada masalah.
tapi jika korang tetap rimas/bosan akan notifikasi ini ada suatu Alternatif atau jalan keluar untuk memperbaikinya atau mengatasinya atau menghilangkanya, dan caranya tentu sangat mudah, simple, dan sederhana.ikut tutornya.

1. Hampir sama dengan cara diatas tapi kali ini terus lompat ke step-2 ,Buka directory software IDM yang berada di (C:\Program Files\Internet Download Manager) dan cari File yang bernama "idmBroker.exe"ubah nama dan extensionnya menjadi "IDMGrHlp.exe"
2. Enjoy, dan rasa nikmat mendownload tanpa batas dan tanpa ada gangguan seperti Fake Serial Number atau ada Files yang Hilang.

Untuk menguji tutorial ini menjadi ke tidak korang boleh mencubanya dengan merestart pc/laptop korang. 

sekian terima kasih.

Sunday, 29 September 2013

[Giveaway] Internet Download Manager v.6 Cracker

Assalammualaikum.fuhh!!dah lama sangat tok menghilangkan diri. Al maklumlah sibuk dengan hal dunia sampai lupa nak update blog.Hari nie tok nak share dengan korang tools cracker untuk idm versi 6.

Internet Download Manager atau yang sering disebut IDM adalah sebuah downloader yang cukup popular di kalangan pengguna PC dan Laptop. Jadi jika korang ingin download lagu, video, film, ataupon games, Internet download manager sangat bagus untuk korang gunakan.
Menurut tok, cara kerja dari IDM sangat sederhana dimana Internet Download Manager menampilkan butang dengan warna hijau apabila ada konten yang boleh korang download. Internet Download Manager memiliki kemampuan seperti meningkatkan kecepatan download 5 kali lebih cepat, meneruskan download yang di "pause", dan membuat penjadualan untuk melakukan download. Ciri-ciri "resume" dari Internet Download Manager membuat korang dapat meneruskan proses download korang yang tertunda atau error akibat internet terputus sehingga tidak perlu mengulanginya dari awal lagi.

Korang juga tidak perlu menggunakan browser khusus kerana hampir semua browser boleh menggunakan IDM. IDM sendiri menyokong penggunaan proxy sehingga semakin memudahkan korang dalam proses download.
Kesimpulan dari Internet Download Manager iaitu mudah, ringan serta cepat menjadi keunggulan dari IDM, mudah dalam penggunaan, ringan dalam penggunaan RAM dan juga cepat dalam download menjadikan IDM download manager yang disukai para penggunanya.

Tok juga menyediakan cara untuk menginstall IDM ke pc/laptop.Tok install menggunakan idm yang lama v.6.09.
Korang juga boleh mengguakan cara tok ni kemudian update ke version yang terbaru. Ataupon korang download latest version di Home Page IDM dan menggunakan cracker yang tok bagi ni.Guna cracker ini tak payah susah-susah nak block idm kt host.


Idm Cracker
4shared

Monday, 17 June 2013

Cara Membuat AIO DVD Install Windows 7 sendiri 32bit dan 64bit

Korang semua mesti tahu, bahawa windows selalu datang dengan 2 versi, iaitu versi 32bit dan 64bit, dimana versi 64bit ini memang bertujuan untuk komputer baru sekarang yang rata2 memang sudah menyokong untuk versi windows 64bit, jadi jika korang mempunyai memori lebih dari 4GB, disarankan untuk menggunakan windows versi 64bit. Biasanya kita menginstall windows 7 dengan cd yang berbeza sesuai dengan versi yang kita inginkan (32bit dan 64bit), dan biasanya hanya satu model windows 7 saja, misal windows 7 profesional di dalam satu CD. Korang pasti tahu juga kita boleh membuka semua model windows (Basic, ultimate, dll) hanya dengan membuang file ei.cfg di folder windows 7 ISO, dengan cara ini semua versi boleh kita dapatkan dalam 1 CD.

Microsoft mengedarkan 2 versi windows dalam 2 CD yang berbeza (32bit dan 64bit), macam mana kalau kita gabungkan semua versi dan model dalam sebuah CD atau DVD atau juga USB Flashdisk untuk memudahkan kita memasang semula windows?.

Untuk ini kita memerlukan sebuah utiliti yang bernama WinAIO Maker Professional. Program ini yang akan melakukan tugas penggabungan dalam sebuah CD / DVD / USB Flashdisk Pemasangan windows7, yang kita perlukan hanyalah file. ISO windows 7 versi 32bit dan juga 64bit, jika belum ada file. Iso silakan Download dahulu, dan pastikan jika ingin memasang semula windows 7 kita sebelumnya pastikan juga data2 sudah dibackup terlebih dahulu.

WinAIO Maker Professional ini mudah alih (freeware) percuma dan memerlukan. NET framework untuk dapat bekerja,. NET framework sudah ada di windows7. Untuk membuat file ISO generik tunggal dengan edisi 32bit dan 64bit Starter (x86), Home Basic, Home Premium, Professional dan Ultimate hanya dengan beberapa langkah mudah. Klik butang AutoAIO pada tingkap utama dan tingkap baru akan muncul.

Masukkan folder kerja yang mana file temp akan disimpan dan ISO yang akan kita buat. Kemudian arahkan ke fail. ISO (x64) 64bit dan (x86) 32bit yang telah di-download sebelumnya. Default CD AIO ini dibuat dengan menggabungkan file. Iso 32bit dan 64bit dengan recovery untuk 32bit sahaja dan tidak boleh untuk merecover 64bit, untuk dapat merecovery 64bit, semak tempat pilihan "Enable 64bit recovery mode", kemudian klik butang "Start compilation" dan sebuah file . iso berisikan versi windows 32bit dan 64bit akan dibuat, dan dapat kita burn ke DVD atau juga boleh terus kita transfer ke USB flashdisk.

Kita juga boleh memadam versi windows yang tidak kita inginkan didalam file. ISO, fail. ISO nya terlebih dahulu harus kita ekstrak menggunakan program seperti 7zip atau program editor. Iso lain, dan editlah masing2 file install.wim dimasing2 versinya, dan buang versi windows yang tidak kita inginkan, kemudian simpan hasil editnya ke fail. ISO nya kembali.

Seperti Gambar diatas yang mana file .ISO yang aku buat hanya terdapat versi Home Premium (32 & 64)bit.

Pilihan lain dari perisian ini yang sangat berguna iaitu kita boleh membuat usb flashdisk untuk menginstall windows, cukup klik butang "WinToUSB" yang boleh mengtransfer file. Iso ke usb flashdisk. Pilih folder di mana fail. Iso telah di ekstrak, atau gunakan fungsi ISO2Folder dulu dan pilih drive usb yang tersenarai.

WinAIO Maker Professional

Kalau tak paham sila lihat video di bawah..

Sunday, 2 June 2013

[Info]Cara Menghilangkan Iklan Pada Website

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Hari ini aku nak berkongsi sikit tricks menghilangkan iklan pada mana-mana website salah satunya adalah youtube.Kalau korang tengok gambar di bawah ini boleh ke korang baca artikel blog tersebut??Jawapannya tentulah tidak kan.. :p


Mari kita mulakan.Ini untuk pengguna chrome sahaja.. :p

1.Sila ke sini untuk download chrome punya extension--->> Adblock Plus

2.Bila dah bukak korang terus tekan install for chrome.Lepas itu akan ada popup,korang tekan ja add.

3.Extension chrome akan install secara automatik.

4.Korang mesti nak tahu extension tersebut dah install ke belom..Korang pilih customize pada chrome korang klik pada tool dan seterusnya extension.Dekat situ korang boleh enable/disable.

Sebenarnya Adblock Plus ini berfugsi pada lain-lain browser jugak.Korang cuma pilih browser mana yang korang guna.Kalau nak guna pada mozilla sila bukak laman web Adblock Plus pada browser mozilla nanti senang nak install.

Tuesday, 1 January 2013

Mengunci Pendrive Dengan Software



Assalammualaikum dan salam sejahtera..
USB Flash drive adalah salah satu cara yang paling mudah untuk memindahkan data. Tetapi apa yang berlaku apabila anda hilang pemacu USB anda yang mempunyai beberapa fail penting yang anda tidak mahu berkongsi. Atau lupa USB anda di atas meja pejabat anda dan bimbang tentang data yang anda muatkan ke dalam pendrive USB anda. Data dalam Drive USB Flash adalah dilindungi oleh kata laluan. Semua orang termasuk anda mahu pendrive dilindungi dengan kata laluan, yang membolehkan anda untuk melindungi data di dalam pemacu USB anda dengan menggunakan software yang percuma.


Penggunaan aplikasi ini adalah begitu mudah hanya memuat turun aplikasi pada PC Windows anda dan memasang aplikasi. Selepas pemasangan, kotak dialog baru muncul pada skrin Windows anda meminta anda untuk menyambung pemacu USB ke komputer.


"USB Flash Security" membuat dua kawasan di USB Flash Drive berikut:
1.Kawasan yang kecil kira-kira 0.5MB untuk menyimpan "Release Tools"
2.Kawasan menyimpan data yang anda mahu melindungi

Permintaan tersebut mempunyai kedua-duanya versi percuma dan berbayar dan boleh didapati untuk kedua-dua versi 32-bit dan 64-bit Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. All in All, USB Flash Security adalah satu penyelesaian yang mudah dan berkesan untuk mengunci USB Flash Drive anda.


Anda semua boleh memuat turun melalui official page tersebut. USB FLASH SECURITY


Sunday, 16 December 2012

Membuang virus shortcut

Assalammualaikum dan salam sejahtera..Semenjak dua menjak nie KK selalu terbaca di ruangan FB pasal virus shortcut.Dari mana benda tu muncul??hahaha...KK pon tak dapat jawab pertanyaan korang. Untuk entry kai ini KK cuma boleh kongsi tools yang bertindak membuang virus shortcut tersebut.

1. Download tools disini

2.Selesai muat turun sila jalankan tools tersebut.

3.Terdapat dua pilihan,korang pilih sahaja mengikut kehendak korang..


4.Lepas tu tekan scan.


cc: http://imransyakir.org/

Saturday, 15 December 2012

Download video tanpa software

Assalammualaikum dan salam sejahtera..untuk entry kali ini KK nak berkongsi dengan korang cara download video tanpa menggunakan software.Bunyi pun dah macam best kan.Korang tak payah susah-susah nak muat turun downloader.Cuma dengan beberapa langkah korang boleh muat turun video korang dengan mudah.Jom kita tengok langkah-langkah nya.

1.Sekarang nie korang masuk ke Youtube.

2.Search video yang korang nak dulu.

3.Dah  dapat video yang korang nak muat turun?? langkah seterusnya korang kena edit sedikit link video tersebut.Contohnya:
http://www.youtube.com/watch?v=o2XcSS2t9_w
tambahkan "ss" selepas www.
http://www.ssyoutube.com/watch?v=o2XcSS2t9_w

4.Kemudian korang akan dibawa ke link seterusnya,seperti gambar di bawah. Sebelah kanan adalah format video.Korang tekan ja mana-mana format yang korang hendak dan ia akan auto download.
                                                                     klik gambar untuk zoom
 #selamat mencuba..terima kasih ^_^

Wednesday, 12 December 2012

Hack Wifi Menggunakan Beini


Assalammualaikum dan salam sejahtera......
Apa reaksi korang bila dapat tahu di kawasan penempatan korang ada banyak sambungan wifi?? mesti teruja kan??nak pengsan pun ada.hahaha..Tapi sabar dulu ye.Korang bukan boleh sesuka hati guna orang punya. Kebiasaan nya pengguna wifi di rumah akan meletakkan kata laluan supaya tidak dapat diceroboh/digunakan oleh orang luar. Tetapi jangkaan itu sememangnya tidak tepat,sebenarnya ia boleh di tembusi.Mari kita lihat tutorial di bawah:

WEP KEY

1.Apa yang kita perlukan adalah Beini. Beini adalah software yang di gunakan untuk memecahkan kata laluan wifi.

2.Sekarang kita masuk ke bahagian BOOT. Sebelum itu korang kena create boot device terlebih dahulu sama ada menggunakan cd atau pendrive USB. Dah siap semua itu,korang masukkan pendrive atau cd di komputer atau laptop dan tekan F12 untuk boot device option. Kalau tidak tahu cara boot silalah google.

3.Ok.selepas korang berjaya boot device,screen seperti dibawah akan keluar. Di sini KK nak korang tekan Minidwep-gtk.



4.Jika keluar pop-up seperti gambar dibawah,korang hanya perlu tekan OK.


5.Selepas itu satu tetingkap baru akan keluar.Korang tekan SCAN.


6.Selesai sahaja scan,senarai wireless di kawasan rumah anda akan keluar. Pilih mana-mana wifi dan klik client.Injection rate terpulang kepada anda mahu tukar ataupun tidak. Di bahagian lain jangan di ubah. Dah selesai setting korang tekan butang Launch.


p/s: router yang korang hendak hack mestilah ada orang menggunakannya,ini kerana jika packet data nya tinggi lagi cepat korang dapat kumpul IVS.Jika proses mengumpul IVS tidak berjalan atau bergerak pelahan bermakna tiada packet data pada router tersebut.

7.Gambar di bawah menunjukkan proses menangkap IVS. Kebiasaannya kita perlukan IVS sebanyak 30,000 hingga 50,000 baru misi ini berjaya.


8.Sekarang KK tunjuk macam mana kata laluan mangsa boleh di tembusi. Korang lihat gambar di bawah, satu window akan keluar menunjukkan misi ini telah pun berjaya. Kata laluan mangsa ada pada Hex Key. Korang salin kata laluan tersebut di mana-mana,logout beini kemudian cuba guna wifi mangsa.


WPA/WPA2 KEY


1.Untuk memecah kod wpa/wpa2, langkah-langkah sama sahaja dengan wep key. Cuma ia memerlukan setting yang berlainan sahaja.
2.korang perlu tukar di bahagian encrypter,sila pilih wpa/wpa2.
3.Kemudian korang klik butang scan. Selesai scan korang pilih mana-mana wifi serta klik pada client.
4.Selepas itu klik butang dictionary attack. Cari korang punya dictionary list dan tekan butang launch.

##p/s: tutorial ini adalah untuk pembelajaran/pengetahuan sahaja. Sebarang risiko KK tidak bertanggungjawab.Gunakan ke jalan yang betul.peace yo..Assalammualaikum.

Monday, 10 December 2012

Keylogger di Mozilla Firefox

Assalammualaikum dan salam sejahtera...Anda apa khabar?? sihat??Hari yang begitu bosan ini KK duk pikir idea untuk memajukan blog ni..Ternyata tidak keluar idea-idea yang bernas...hmmm. Tak apa lah KK redha je..ok hari ini KK nak berkongsi dengan korang semua cara membuat keylogger di Mozilla Firefox..
Tak tahu apa itu keylogger??Sila Google ye..sini bukan kaunter pertanyaan..Tp yang penting KK membahaskan tentang software keylogger..Bunyi macam menarik ja..hehehehe..Mari kita mulakan..

1.Korang kena download add-ons keylogger.kemudia install di mozilla firefox.
2.Lepas dah install sila restart mozilla firefox korang..
3.Buka semula mozilla firefox korang dan tekan Alt+L, kemudia satu popup keluar meminta anda      memasukkan password.Anda sekadar menekan "enter".

4.Setelah anda menekan enter satu windows baru akan keluar untuk menunjukan keylogs yang telah di tangkap.senang je kan??

Kini korang tidak perlu risau dengan adik korang semasa dia menggunakan komputer korang. Isteri/suami tidak perlu khuatir dengan pasangan anda yang online lewat-lewat malam.kekekeke

#ini untuk pembelajaran/pengetahuan sahaja,sebarang risiko KK tidak bertanggungjawab. Dosa tanggung sendiri ok..Jumpa lagi..

Cara Mengunci Web Browser

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama sangat KK tidak membuat post tentang software atau tools,KK banyak post cerita sedih,seram. Mungkin follower dah naik muak..hahaha..Jangan marah KK tau.Hari ini KK nak buat tutorial cara-cara mengunci web browser. Dengan cara ini korang terselamat dari kecurian kata laluan.

Mari KK tunjukan trick untuk mengunci web browser.

Chrome
Korang kena download google plugins ini, Simple Startup Password. Lepas saja korang install plugins tersebut,korang pergi ke extention google chrome untuk set kata laluan. Dah selesai semua sila restart google chrome korang.


Mozilla Firefox
Dalam Mozilla korang kena download add-ons Master Password terlebih dahulu. Untuk first time user, korang boleh klik terus di toolbar, tools>master password. Masukkan kata laluan yang korang inginkan. 




 di bahagian option ini jugak penting,korang boleh setup mengikut kesesuaian anda. Bagi yang hendak menukar kata laluan yang kali ke-2 atau yang seterusnya,anda perlu right click pada icon lock seperti gambar di bawah dan pilih change master password.



Cara dan penggunaan kedua-dua web browser diatas adalah berbeza. Contoh google chrome, sebaik sahaja  korang membuka google chrome yang telah di setkan kata laluan ia secara automatik akan mengunci web browser tersebut. Di mozilla ia berbeza pula, mozilla akan terkunci apabila anda setkan masa mengikut kemahuan anda. Jika mozilla minimize atau anda tidak fokus padanya ia akan terkunci secara automatik.

harap dapat membantu..jika KK ada salah sila perbetulkan di ruang komen..sekian terima kasih..

Friday, 2 November 2012

Kesilapan Memberi Salam


KESILAPAN MEMBERI SALAM YANG TELAH DILAKUKAN TANPA DISEDARI : 

97% muslim bila disebut:

"Wei mad, faiz kirim salam."

 Akan menjawab. "iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM."

okey, nampak macam tak de masalah kan? Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan? Ya. Memang ada masalah... =.=''

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui (Org tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tetapi

'wa'alaika wa'alaihissalam' (bg lelaki) 'wa'alaiki wa'alaihassalam' (bg perempuan)

Sebab apa? Faiz suruh Syafiq kirim salam kat Mad Mad jawab " wa'alaikumussalam "

Sedangkan : Wa'alaikumussalam = selamat sejahtera ke atas KAMU jadi salam faiz kepada Mad tak terjawab kan? sebab Mad dOakan salam tu kepada Syafiq. SEDANGKAN SYAFIQ TU ORANG TENGAH.. 

Manakala : Wa'alaiki wa'alaihassalam = dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab....

Tuesday, 30 October 2012

Game Menu Software

Assalam..Ari nie KK nak berkongsi dengan korang satu software yang sedikit berguna. Setengah orang tak mahu ruang desktop mereka kelihatan bersepah dan sebaliknya.Bagi yang sedikit berpengetahuan akan menggunakan Rocketdock untuk menyusun icon game serta software. Bagi yang mahu menggunakan rocketdock teruskan mengguna.Bagi yang mahu mencuba software baru KK akan tunjukkan tutorial dibawah.Software nie tak la baru sangat,kat cybercafe dah guna dah..hahaha.. :)

Muat turun software disini

1.Tengok video je la..cara setup game menu..KK malas nak tulis panjang-panjang..hahaha

2.Video nie pulak menunjukan cara menukar banner mengikut kesukaan anda.Tools dia ada dalam folder download..

Sunday, 28 October 2012

Cara Menukar Kunci Keselamatan Wifi dari WEP ke WPA-PSK

Salam...untuk entry kali ini KK akan menunjukkan cara-cara bagaimana hendak menukar security wifi dari wep ke wpa-psk. Tujuan yang besar tutorial ini adalah mengelak daripada wifi anda di curi,kalau curi sambungan internet tak apa la jugak,kalau maklumat-maklumat anda dicuri sekali susah kan?? Mari kita mulakan:

1.Sila log-in router korang di alamat ini ( http://192.168.1.1/ )
   username: tmadmin
   password: tmadmin
2.Pergi ke wireless > basic.
   a.tukar SSID kepada ID yang korang kehendaki [contoh: wifi_kita]
   b.kemudian save/apply
info:Menggunakan default SSID oleh TM akan membiarkan seluruh dunia tahu bahawa anda menggunakan TM modem wayarles yang dibekalkan (eg. Riger DB108-WL) dan oleh itu lebih mudah bagi hacker untuk mengenal pasti apa modem yang anda gunakan dan cuba untuk mengeksploitasi sebarang kelemahan yang diketahui.



3.Pergi ke wireless > security.
a.Tukar "Network Authentication" ke WPA-PSK
b.Masukkan kata kunci di "WPA Pre-Shared Key"

Info:Gunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol kunci yang baik sebagai kata laluan(spt: 10wy @ tdotn3t ^ _ ^)Ingat kata kunci ini kerana korang perlu key-in pada setiap peranti wireless(laptop, telefon bimbit, dan lain-lain) yang cuba untuk menyambung kepada rangkaian ini.
c.pilih "AES" untuk "WPA Encryption"

4.save/apply.


Tuesday, 11 September 2012

Reset dan Refresh Windows 8 tanpa DVD


Seperti yang kita ketahui, Microsoft telah memperkenalkan dua ciri-ciri menarik di windows 8, iaitu ciri Reset dan Rerfresh Windows 8, ini adalah ciri-ciri baru untuk membantu kita memperbaiki semua masalah di windows 8 dengan me-reset atau me-refresh semula tatacara (setting) windows 8. Ciri-ciri ini membolehkan kita untuk menetapkan Windows 8 ke tatacara tetapan lalai, atau menetapkan semula Windows 8 ke tetapan kilang (tatacara awal) dengan memadam data dan aplikasi yang telah dipasang.
Refresh PC membolehkan Kita untuk mengembalikan semua tetapan Windows ke tetapan lalai tanpa mengeluarkan dokumen kita termasuk muzik dan fail-fail lain, dan Kembalikan PC iaitu reinstalls Windows dan membuang semua fail, termasuk fail dokumen kita.

Salah satu masalah yang ditemui iaitu kita harus memasukkan DVD atau media pemasangan untuk melakukan tugas reset dan refresh windows 8 ini, apabila kita menjalankan perintah reset atau refresh windows 8, kita akan mendapati mesej: "Insert media: Some files are missing. Your Windows installation or recovery media will provide these files ".

Walaupun kita sudah mempunyai media pemasangan DVD windows 8 ini, tapi alangkah baiknya jika kita boleh menetapkan semula atau merefresh windows 8 tanpa menggunakan DVD atau media pemasangan windows 8 yang lain, sila ikuti langkah-langkah berikut.

Cara menyiapkan windows 8 untuk menetapkan semula atau merefresh pc tanpa meminta media pemasangan (DVD)

1.Pertama kali kita harus membuat sebuah folder di root folder pemasangan windows 8, kalau windows 8 dipasang di partition C: maka buatlah sebuah folder dengan nama Win8 di drive C:



2. Setelah itu masukkan DVD atau media pemasangan windows 8, cari folder source dan copy file install.wim ke folder yang telah kita buat tadi di drive mana terdapat windows 8 (Contoh disini = c: \ Win8)

Tambahan: bagi yang punya file. ISO windows 8, klik kanan file ISOnya dan pilih pilihan "Mount" kemudian cari dan copy file install.wim di folder Source.
3. BukaCommand prompt dengan hak admin, caranya: taip CMD di start screen untuk menjalankan command prompt dengan hak akses administrator.

4. Setelah tetingkap Command prompt terbuka, taipkan command berikut:
reagentc.exe /setosimage /path C:\Win8 /target c:\Windows /Index 1
Cara reset dan refresh windows 8 tanpa media pemasangan (DVD)

1. Jalankan Metro Control Panel atau Setting PC dengan menekan butang Windows + I (butang keyboard bergambar logo windows dan huruf I) kemudian diikuti dengan menekan butang Enter.


2. Pada panel sebelah kiri klik pd butang General untuk melihat pilihan Reset dan Refresh PC. Kita tidak akan diminta untuk memasukkan media pemasangan windows 8(DVD).




Wednesday, 2 May 2012

Trik Mengunci Wallpaper Desktop Komputer

Bagi yang mempunyai laptop dan suka memberi pinjam kepada kawan-kawan mesti menghadapi masalah kecil seperti ini: Wallpaper desktop kita sering di tukar sesuka hati , kadang-kadang di ganti dengan gambar yang cantik, ada juga yang menukar dengan gambar yang seksi, yang lebih parah lagi, wajah dia diletakkan di desktop! Grrrrrrrrrrrrr!!!.
Berikut sedikit tips untuk mengunci wallpaper desktop di komputer atau laptop kita.
Langkah-langkah untuk mengunci wallpaper desktop komputer di Windows XP:
  1. Klik StartRun dan taip gpedit.msc dan tekan enter atau klik butang Ok.
  2. Setelah keluar windows Group Policy Object Editor, navigasi ke object berikut: User Configuration –> Administrative Template –> Control Panel –> Display.
  3. Kemudian klik pada Prevent changing wallpaper dan klik Properties.
4.  Kemudian setelah muncul tetingkap Prevent changing wallpaper Properties klik 'Enable' kemudian klik butang Apply.

Langkah diatas mencegah daripada menggantikan wallpaper di komputer kita.

Langkah-langkah Untuk mengunci wallpaper desktop di Windows 7:
1. Klik butang Start, taip gpedit.msc di dalam kotak Search program and files, kemudian tekan Enter.
2. Setelah muncul tetingakp Local Group Policy Editor Navigasi ke: User Configuration -> Administrative Templates -> Desktop -> Desktop.
3. Klik pada Desktop wallpaper dan klik Policy Setting.
4. Setelah keluar tetingkap baru, klik 'Enabled' dan klik butang Apply.

Kita juga boleh menentukan fail untuk dijadikan wallpaper tetap, dikotak pilihan Wallpaper Name, isikan lokasi filenya: Misalnya filenya berada di c: \ windows \ web \ wallpaper \ gambar.jpg