Tuesday 1 May 2012

Menghantar email tanpa ekaun


Kemampuan untuk menghantar dan menerima e-mel adalah sebahagian daripada aktiviti dalam talian di internet dan tentunya banyak menjimatkan masa dan kos untuk tetap saling berkaitan, kerana pada msa dulu banyak orang tidak mempunyai komputer, apatah lagi untuk online di internet, maka kita berkaitan melalui media telefon ataupun surat. Sekarang hampir semua orang mempunyai komputer dan mempunyai akaun (account) e-mel.
Salah satu kelemahan kecil dari e-mel ini ialah kita harus selalu menghantar dan menerima e-mel dengan memakai client email Windows live mail, outlook, incredimail atau Firefox, atau dengan cara login ke perkhidmatan web seperti hotmail, yahoo, dan gmail. Apapun cara yang kita pilih, kita perlu untuk memasukkan akaun e-mel dan password, dan ini terdedah keselamatan privasi jika kita melakukannya pada komputer awam seperti di cyber cafe ataupun di kampus.
Walaupun cara yang akan kita bagi kali ini tidak boleh untuk menyemak e-mel kita, namun utiliti ini boleh menghantar e-mel tanpa perlu akaun e-mel, Mail Anyone Anywhere membolehkan kita untuk menghantar email dari mana-mana komputer (disambung ke internet) tanpa perlu login ke akaun e-mel. tentunya ini mempunyai keungggulan tersendiri seperti tidak perlu menuliskan alamat email kita untuk menghantar e-mel, cukup taip alamat e-mel penerima, isi mesej, dan juga attachment.

Program portable ini hanya cukup dimuat turun dan menjalankan file nya tanpa proses install.
Walaupun KK tidak akan mengesyorkan anda menghantar e-mel yang bersifat sangat peribadi atau penting menggunakan perkhidmatan ini, sangat berguna dalam menghantar mesej segera dan lampiran dari komputer lain selain anda sendiri, atau jika anda tidak mahu / tidak boleh melakukannya dari akaun e-mel normal anda.

Portable software ini sesuai untuk pengguna XP dan windows 7