Wednesday 2 May 2012

GOOGLE DRIVE,5GB Percuma

Akhirnya google telah melancarkan perkhidmatan simpanan file berasaskan awan "Google Drive" untuk umum. Sebuah perkhidmatan percuma yang boleh digunakan untuk membuat, berkongsi, bekerjasama, dan menyimpan semua barang anda secara online. Kita dapat meng-upload dan mengakses semua file kita, termasuk video, foto, Google Documents, PDF dan banyak lagi menggunakan Google Drive ini.


Google Drive adalah rumah baru untuk Kita di Google Docs, file, dan folder. Google Drive membolehkan kita untuk:

  • Membuat, berkongsi, dan mengatur file
  • Menyimpan semua file kita pada satu tempat yang selamat
  • Penyegerakan fail dari komputer Kita
  • Dapat mengakses fail Kita yang paling up-to-date dari peranti ataupun browser
  • Boleh diakses di mana saja dengan aplikasi telefon
Pengumuman rasmi dari Google:
Buat & bekerjasama.
Di Google Drive, Kita boleh membuat sebuah dokumen, spreadsheet, dan persembahan baru dengan cepat. Mengerjakan satu dokumen bersamaan dan melihat perubahannya pada saat itu juga.
Berfungsi lebih baik pada produk yang kita gunakan sehari-hari.
Gmail
Sampaikan salam perpisahan pada lampiran e-mel bersaiz besar. Kirimkan pautan dari Google Drive di Gmail dan semua orang akan mempunyai fail yang sama, versi yang sama secara automatik.
Google +
Video dan gambar Kita di Google Drive tersedia di Google +, sehingga mudah sekali untuk membahagikannya dengan lingkaran Kita.
Carian yang canggih.
Google Drive membantu Kita mendapatkan fail lebih cepat. Telusuri kandungan menurut kata kunci dan tapis mengikut jenis, pemilik, dan lain-lain. Google Drive bahkan dapat mengenali objek dalam gambar dan teks di imbasan dokumen.
Lihat apa saja.
Buka lebih dari 30 jenis di browser kita termasuk video HD, Adobe Illustrator, dan Photoshop bahkan jika programnya belum dipasang di komputer kita.
Google Drive dilengkapi aplikasi kegemaran Kita.
Buat, buka, dan bahagikan file dari aplikasi langsung di Google Drive.
Kongsi apa sahaja.
Kita boleh berkongsi fail atau folder dengan sesiapa pun dan memilih sama ada mereka dapat melihat, mengedit, atau mengulas barang-barang kita.
Mulakan perbincangan.
Buat & balas komen untuk mendapatkan, masukkan dan jadikan fail lebih kolaboratif.
Kembalilah ke masa lampau.
Google Drive mengesan setiap perubahan yang kita buat, sehingga kita menekan butang simpan, semakan yang baru disimpan. Kita dapat melihat kembali versi dokumen paling lama 30 hari yang lalu secara automatik atau memilih semakan untuk disimpan selamanya.
Untuk memasang aplikasi ini, kunjungi Chrome Web Store, dan dapatkan sama ada aplikasi ini bermamfaat untuk masa hadapan.
Kita boleh memulakan simpanan percuma ini sebanyak 5GB yang cukup untuk menyimpan fail foto bahkan video kita, kita juga boleh memilih untuk menambah kapasiti simpanan file sebesar 25GGB dengan membayar $ 2.49 / bulan, 100GB $ 4.99/Bulan, dan 1TB $ 49.99/bulan. Pada masa kita mengupgrade ke akaun yang berbayar, automatik simpanan akaun gmail kita juga akan bertambah sebanyak 25GB.

Google Drive tersedia untuk:
  • Windows dan Mac
  • iPhone dan iPad (akan datang)
  • Android
Mahu rasai GOOGLE Drive?? Klik Disini