Sunday 25 March 2012

Teamviewer


Assalammualaikum dan salam sejahtera,,
TeamViewer adalah hak milik pakej perisian komputer untuk kawalan jauh, perkongsian desktop, mesyuarat secara online, persidangan web dan pemindahan fail antara komputer. Perisian beroperasi dengan sistem operasi Microsoft Windows, Mac OS X,Linux OS,dan Android.


Cara pemasangannya mudah. Korang cuma pilih non-commercial (personal). Tetapi keluaran yang terbaru korang tak payah nak pasang (install) kedalam komputer, boleh terus guna. Dengan tools ini korang boleh berbincang atau mengawal komputer rakan korang dengan keizinan kawan korang. Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan iaitu penggunaan ID dan PASSWORD. Sedikit contoh penggunaan: Pengguna A mahu mengawal komputer pengguna B. B harus memberikan ID dan Password pada A untuk access ke komputer B. Apabila rakan korang dapat ID dan PASSWORD dorang boleh mengawal komputer korang 100%. Untuk keselamatan sila tukar ID dan PASSWORD setelah selesai perbincangan. Korang boleh dapatkan di official website TEAMVIEWER.