Sunday, 5 February 2012

Hj Spit 2.3

Assalammualaikum dan salam sjahtera,


Entry kali ini aku buat pasal nak join fail. Korang pernah dowload file macam ni kan fail.001,fail.002, fail.003 dan seterusnya. Sebenarnya file asalnya tidaklah begitu. Orang yang hendak post fail tersebut terpaksa memotong (split) fail tersebut untuk memudahkan semasa memuat naik (upload). Korang boleh mencantumkan semula fail tersebut menggunakan 7zip atau Hj Split. Terpulang kepada korang untuk memilih. Tools tersebut bukan sahaja untuk join file malah boleh split file.Nanti korang cuba-cuba la buat ye.Mari tengok tutorial macam mana nak join fail.Mula-mula download HJ SPLIT 2.3.
Aku nak korang copy semua file yang korang dah download letak dalam satu folder.macam ini.

                                                                     klik gambar untuk zoom

1.korang bukak file HJ Split
2.korang klik kat join.


3.Lepas itu akan keluar window baru.Korang tekan input file dan cari folder yang korang simpan file yang dah di download. Bila korang dah bukak file tersebut ia akan terpampang satu file sahaja iaitu file.001. Korang open file 00.1.

4.pada bahagian output korang pilih la nak save kat mana. Lepas itu korang tekan start. Tunggu sebentar untuk proses.

Terima Kasih...

0 comments:

Post a Comment

Anda boleh tinggalkan komen di tempat yang telah disediakan..