Monday 17 June 2013

Cara Membuat AIO DVD Install Windows 7 sendiri 32bit dan 64bit

Korang semua mesti tahu, bahawa windows selalu datang dengan 2 versi, iaitu versi 32bit dan 64bit, dimana versi 64bit ini memang bertujuan untuk komputer baru sekarang yang rata2 memang sudah menyokong untuk versi windows 64bit, jadi jika korang mempunyai memori lebih dari 4GB, disarankan untuk menggunakan windows versi 64bit. Biasanya kita menginstall windows 7 dengan cd yang berbeza sesuai dengan versi yang kita inginkan (32bit dan 64bit), dan biasanya hanya satu model windows 7 saja, misal windows 7 profesional di dalam satu CD. Korang pasti tahu juga kita boleh membuka semua model windows (Basic, ultimate, dll) hanya dengan membuang file ei.cfg di folder windows 7 ISO, dengan cara ini semua versi boleh kita dapatkan dalam 1 CD.

Microsoft mengedarkan 2 versi windows dalam 2 CD yang berbeza (32bit dan 64bit), macam mana kalau kita gabungkan semua versi dan model dalam sebuah CD atau DVD atau juga USB Flashdisk untuk memudahkan kita memasang semula windows?.

Untuk ini kita memerlukan sebuah utiliti yang bernama WinAIO Maker Professional. Program ini yang akan melakukan tugas penggabungan dalam sebuah CD / DVD / USB Flashdisk Pemasangan windows7, yang kita perlukan hanyalah file. ISO windows 7 versi 32bit dan juga 64bit, jika belum ada file. Iso silakan Download dahulu, dan pastikan jika ingin memasang semula windows 7 kita sebelumnya pastikan juga data2 sudah dibackup terlebih dahulu.

WinAIO Maker Professional ini mudah alih (freeware) percuma dan memerlukan. NET framework untuk dapat bekerja,. NET framework sudah ada di windows7. Untuk membuat file ISO generik tunggal dengan edisi 32bit dan 64bit Starter (x86), Home Basic, Home Premium, Professional dan Ultimate hanya dengan beberapa langkah mudah. Klik butang AutoAIO pada tingkap utama dan tingkap baru akan muncul.

Masukkan folder kerja yang mana file temp akan disimpan dan ISO yang akan kita buat. Kemudian arahkan ke fail. ISO (x64) 64bit dan (x86) 32bit yang telah di-download sebelumnya. Default CD AIO ini dibuat dengan menggabungkan file. Iso 32bit dan 64bit dengan recovery untuk 32bit sahaja dan tidak boleh untuk merecover 64bit, untuk dapat merecovery 64bit, semak tempat pilihan "Enable 64bit recovery mode", kemudian klik butang "Start compilation" dan sebuah file . iso berisikan versi windows 32bit dan 64bit akan dibuat, dan dapat kita burn ke DVD atau juga boleh terus kita transfer ke USB flashdisk.

Kita juga boleh memadam versi windows yang tidak kita inginkan didalam file. ISO, fail. ISO nya terlebih dahulu harus kita ekstrak menggunakan program seperti 7zip atau program editor. Iso lain, dan editlah masing2 file install.wim dimasing2 versinya, dan buang versi windows yang tidak kita inginkan, kemudian simpan hasil editnya ke fail. ISO nya kembali.

Seperti Gambar diatas yang mana file .ISO yang aku buat hanya terdapat versi Home Premium (32 & 64)bit.

Pilihan lain dari perisian ini yang sangat berguna iaitu kita boleh membuat usb flashdisk untuk menginstall windows, cukup klik butang "WinToUSB" yang boleh mengtransfer file. Iso ke usb flashdisk. Pilih folder di mana fail. Iso telah di ekstrak, atau gunakan fungsi ISO2Folder dulu dan pilih drive usb yang tersenarai.

WinAIO Maker Professional

Kalau tak paham sila lihat video di bawah..

3 comments:

saya menggunakan Windows 7 X64, tutorialnya berhasil. Tapi setelah saya coba menggunakan virtual box, sebelum instalasi berjalan ada pesan WINDOWS SETUP (EMS ENABLED). Maksudnya Apa tu, tp jaln normal. G enk aj liatnya ada pesan itu. tolong bantuannya

saya menggunakan Windows 7 X64, saya mencoba menggabungkan windows 7 X86 dan windows 7 X64 dengan WinAIO dan tutorialnya berhasil. Tapi setelah saya coba menggunakan virtual box, sebelum instalasi berjalan ada pesan WINDOWS SETUP (EMS ENABLED). Maksudnya Apa tu, tp jaln normal. G enk aj liatnya ada pesan itu. tolong bantuannya

mohon type msconfig di kotak run..di tab boot mungkin ada 2 windows.. coba delete di sana..

Post a Comment

Anda boleh tinggalkan komen di tempat yang telah disediakan..