Monday, 10 December 2012

Cara Mengunci Web Browser

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama sangat KK tidak membuat post tentang software atau tools,KK banyak post cerita sedih,seram. Mungkin follower dah naik muak..hahaha..Jangan marah KK tau.Hari ini KK nak buat tutorial cara-cara mengunci web browser. Dengan cara ini korang terselamat dari kecurian kata laluan.

Mari KK tunjukan trick untuk mengunci web browser.

Chrome
Korang kena download google plugins ini, Simple Startup Password. Lepas saja korang install plugins tersebut,korang pergi ke extention google chrome untuk set kata laluan. Dah selesai semua sila restart google chrome korang.



Mozilla Firefox
Dalam Mozilla korang kena download add-ons Master Password terlebih dahulu. Untuk first time user, korang boleh klik terus di toolbar, tools>master password. Masukkan kata laluan yang korang inginkan. 




 di bahagian option ini jugak penting,korang boleh setup mengikut kesesuaian anda. Bagi yang hendak menukar kata laluan yang kali ke-2 atau yang seterusnya,anda perlu right click pada icon lock seperti gambar di bawah dan pilih change master password.



Cara dan penggunaan kedua-dua web browser diatas adalah berbeza. Contoh google chrome, sebaik sahaja  korang membuka google chrome yang telah di setkan kata laluan ia secara automatik akan mengunci web browser tersebut. Di mozilla ia berbeza pula, mozilla akan terkunci apabila anda setkan masa mengikut kemahuan anda. Jika mozilla minimize atau anda tidak fokus padanya ia akan terkunci secara automatik.

harap dapat membantu..jika KK ada salah sila perbetulkan di ruang komen..sekian terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Anda boleh tinggalkan komen di tempat yang telah disediakan..