Sunday 28 October 2012

Cara Menukar Kunci Keselamatan Wifi dari WEP ke WPA-PSK

Salam...untuk entry kali ini KK akan menunjukkan cara-cara bagaimana hendak menukar security wifi dari wep ke wpa-psk. Tujuan yang besar tutorial ini adalah mengelak daripada wifi anda di curi,kalau curi sambungan internet tak apa la jugak,kalau maklumat-maklumat anda dicuri sekali susah kan?? Mari kita mulakan:

1.Sila log-in router korang di alamat ini ( http://192.168.1.1/ )
   username: tmadmin
   password: tmadmin
2.Pergi ke wireless > basic.
   a.tukar SSID kepada ID yang korang kehendaki [contoh: wifi_kita]
   b.kemudian save/apply
info:Menggunakan default SSID oleh TM akan membiarkan seluruh dunia tahu bahawa anda menggunakan TM modem wayarles yang dibekalkan (eg. Riger DB108-WL) dan oleh itu lebih mudah bagi hacker untuk mengenal pasti apa modem yang anda gunakan dan cuba untuk mengeksploitasi sebarang kelemahan yang diketahui.




3.Pergi ke wireless > security.
a.Tukar "Network Authentication" ke WPA-PSK
b.Masukkan kata kunci di "WPA Pre-Shared Key"

Info:Gunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol kunci yang baik sebagai kata laluan(spt: 10wy @ tdotn3t ^ _ ^)Ingat kata kunci ini kerana korang perlu key-in pada setiap peranti wireless(laptop, telefon bimbit, dan lain-lain) yang cuba untuk menyambung kepada rangkaian ini.
c.pilih "AES" untuk "WPA Encryption"

4.save/apply.


0 comments:

Post a Comment

Anda boleh tinggalkan komen di tempat yang telah disediakan..