Tuesday 29 May 2012

Petua Mengelakkan Pedih Mata Bila Potong Bawang


Selamat Sejahtera Semua!!
Oh Tuhanku.... Sudah lama atuk tak memberi petua-petua berguna kepada korang semua! Atuk kau ni dah jadi pelupa dah.. Tapi takpe, hari ini Atuk nak berkongsi satu petua mudah yang sangat berguna dalam kehidupan cucu-cucu, anak-anak mahupun nenek-nenek kertu yang dah sebaya dengan atuk ni (tapi sesuai ke petua ini untuk nenek-nenek yang dah kertu?)... Korang tentukanlah sendiri. ok?

Siapa suka memasak? Angkat tangan! Waaaaa.... Ramainyaa.. Bagus! Siapa suka potong bawang besar? Angkat tangan! Waaaaaaaa.... Takda siapa angkat tangan! Kenapa? Ooooooo tak tahan pedih... Atuk paham... Oklah, ramai cucu-cucu yang merungut mata pedih bila menghiris bawang, sampaikan mak mertua ingat menantu kesayangan menangis sebab kena dera dengan anak bertuah dia! Hahahaha... Untuk mengatasi masalah ini, senang sahaja....

Apakah cara untuk menghilangkan masalah kepedihan semasa menghiris bawang? Hahahaha... Sangat mudah ya! Cucu-cucu, anak-anak, makcik-makcik, mak-mak hanya perlu menjadi seorang yang stylo dan berfikiran terbuka... Caranya adalah dengan mengunyah gula-gula getah atau chewing gum semasa menghiris bawang!!! Ini adalah satu petua yang sangat berkesan sekali. Di mana atuk telah pun menggunakan petua ni dan kesannya sangat menggembirakan! Sehinggakan atuk terpaksa membuat stok gula-gula getah di dapur!

Apa-apa jenama pun boleh, tak jadi masalah. Yang paling bagus adalah gula-gula getah yang ada menthol dan berangin! Memang berkesan sampaikan lepas ni korang akan menjadikan menghiris bawang sebagai hobi baru pula!

Tapi macam persoalan di atas tadi... Adakah sesuai petua ini digunakan untuk nenek-nenek ganyut yang dah berusia 78 tahun? Adakah sesuai untuk ibu-ibu mengunyah chewing gum semasa sibuk merewang di majlis kahwin jiran tetangga? (sangat samseng ya)... Tepuk dada tanya selera! Hahaha

Harapan Atuk, semoga cucu-cucu dapat mencuba ya!