Gemparrrr! Mayat yang dipercayai wanita telah dijumpai masih dalam keadaan terbakar diJalan Padang Meiha Sungai Karangan berdekatan dengan Jalan Taman Desa Aman, Padang Serai Kulim Kedah. Kejadian berlaku 13 April 2012 jam sekitar 10 malam semasa orang kampung menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar
Menurut sumber, mayat ini dipercayai telah dibunuh di kawasan lain dan diletakkan di dalam lubang seperti parit besar tepi jalan di Jalan Estet Padang Meha, Padang Serai Kulim Kedah tidak jauh dari kebun kelapa sawit. Orang awam yang menjumpai mayat yang masih dalam keadaan terbakar itu, pada mulanya memberhentikan kereta dan parking untuk menjerat (memasang jerat) burung dan ternampak api yang marak dari parit tempat mayat dibakar. Beliau terus menghampiri dan nampak seperti manusia yang sedang terbakar dalam keadaan terbaring.
Beliau terus menghubungi Balai Polis Sungai Karangan untuk memaklumkan kejadian ini dan pihak Polis sampai di tempat kejadian dan punca kematian mayat yang dibakar ini masih dalam proses siasatan oleh pihak Forensik. Di bawah adalah gambar-gambar di mana mayat dipercayai seorang wanita ini masih dalam keadaan terbakar. Kalau nak tengok silakan, kalau tak nak, abaikan…
INFO : Mayat ini memakai baju berwarna ungu (cebisan kain baju) dan bangsa belum dikenalpasti, tapi jika dilihat dari segi baju dan sebagainya, mungkin mayat ini adalah Melayu. Jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang hilang dalam masa terdekat ini, bolehlah berhubung dengan pihak Polis untuk pengecaman mayat ini
sumber: rilekslah.com