Friday 6 April 2012

Ibu Mohon Facebook Anak Ditutup


Ibu kepada Nur Farrahin yang sedang terlantar di hospital merayu agar facebook anaknya yang meniggal dunia pada 28/3/2012 ditutup dengan segera. Ini berikutan mimpi yang dialami oleh ibu arwah yang mengatakan, anaknya datang dalam mimpinya merayu agar facebook nya ditutup. Kemungkinan roh anaknya tidak tenteram akibat dari gambar tidak menutup aurat yang dimuat naik oleh arwah ke laman sesawang facebook. Atas usaha kakak angkat arwah melaporkan kejadian ini kepada pihak Dragon Force dan Rileks Crew,penggodam Malaysia mengambil tindakan untuk sama-sama membantu.

Dengan usaha yang tidak putus-putus oleh pengodam Malaysia dan pengguna facebook yang lain, akhirnya usaha mencapai kejayaan. Pada 6/4/2012 jam 8.30 pm facebook adik Nur Farrahin berjaya ditutup. KK memanjatkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana berjaya dalam misi ini. KK berharap semoga roh adik Nur Farrahin ditempatkan di sisi Allah S.W.T.Amin....Jagan lupa untuk sedahkan AL-FATIHAH kepada arwah Nur Farrahin.

Pembaca juga boleh sampaikan salam tahziah kepada keluarga arwah Nur Farrahin melalui kakak angkat arwah di facebook Yaya Kesepian.


p/s: KK ingin berpesan kepada kaum hawa,jaganlah memuat naik gambar yang tidak menutup aurat ke laman sesawang, tidak kira facebook,twitter,tag,myspacer dll. KK juga berharap perkara sedemikian tidak berulang kembali kepada kaum hawa yang diluar sana.


Terima Kasih!!