Friday 13 April 2012

Fan Page Zed Zaidi di Godam???

Cerita panas,lagi laman artis digodam. Kali ini berlaku kepada artis Rozaidi Abd Jalil atau dikenali sebagai Zed Zaidi.Fuhh! kalau tengok pada screen shoot macam peminat Aaron Aziz yang menggelar  diri mereka Aaronators Crew.

Laman tersebut di ambil alih kira-kira jam 12 tengah malam.Daripada sumber yang deperolehi mengatakan Zed Zaidi iaitu Timbalan Persatuan Seniman Malaysia telah menimbulkan situasi tegang apabila telah meluahkan perasaan yang tidak enak di Twitter miliknya pada isnin lepas. Luahan hati beliau menggambarkan tidak senang dengan kemenangan Aaron Aziz di ABPBH 2011.
Sebagai Timbalan Persatuan Seniman dan juga artis yang dikatakan popular sepatutunya berfikir dahulu sebelum mengatakan sesuatu.Ini boleh menjatuhkan pupulariti beliau sebagai artis. Takut peminat setia bertukar selera pulak. Dalam kejadian tersebut Zed Zaidi telah membuat laporan polis di Damansara.
Dengar cerita laman facebook tersebut telah diberikan kepada pemilik asal. Kalau betul Alhamdulillah.

p/s: nasihat KK kalau nak online wifi awam haruslah berhati-hati. Takut kena macam Zed Zaidi pula. Xpasal-pasal anda jadi popular.