Saturday 31 March 2012

Mengunci keyboard,mouse dan komputer


Ada beberapa cara untuk mengunci komputer ketika anda tidak berada di depan komputer, salah satu cara untuk mengunci komputer jika anda tidak memakainya dan membiarkannya dalam talian kerana sedang mendonlot file dll ialah dengan memakai ciri dari windows iaitu dengan menekan butang WIN + L (butang gambar logo windows + butang huruf L), maka windows automatik akan kembali ke tetingkap logon, di mana kalau mahu masuk lagi ke windows mesti menaip dulu password untuk nama user tersebut (itupon kalau diberi password, kalo tidak diberi, mesti buat password dulu).

Mengunci komputer kita pada waktu kita tidak berada di depan komputer sangat berguna jika tidak mahu orang lain mengambil alih komputer kita waktu kita tidak ada didepan komputer. mengunci komputer boleh juga dengan memakai program lain yang bukan bawaan windows (Third-Party).

1.Mouse Lock. ialah program percuma, alias program "open source" utiliti kecil ini akan meredupkan desktop dan mengunci cursor tetikus anda di tengah skrin, kawasan di mana kita diminta untuk memasukkan password untuk membuka kunci ini. bertindak seperti perangkap tikus.

Mouse Lock ini tidak mudah untuk di ambil alih, dan akan mengunci pula butang Crtl + ALT + DEL, dan akan mencatat pula setiap kata kunci yang salah dimasukkan oleh pengguna ke dalam fail. Log, jika ada pengguna yang cuba memaksa masuk dengan menaip sebarang kata kunci .

2.Kid-Key-Lock, adalah sebuah program yang boleh mengunci tombol keyboard dan mouse tertentu untuk mencegah user nakal daripada tidak sengaja menekan butang yang tidak diingini pada keyboard dan mouse. Kid-Key-Lock dengan mudah boleh diakses pada system-tray windows, dan semua pilihan pilihan jenis kunci mudah diakses dari menu pop-up nya.
Sayangnya, program ini tidak sepenuhnya dapat diubahsuaikan. Anda hanya boleh memilih antara fungsi-fungsi kunci preset seperti mengunci semua butang untuk menerima kunci aksara standard, atau kunci kombinasi sistem saja atau mengunci semua butang. Demikian pula anda boleh mengunci mouse butang kiri, kanan atau tengah, mengunci klik dua kali atau roda scroll. Jika anda secara tidak sengaja mengunci keyboard anda, program ini menyokong kombinasi butang seperti kata laluan yang boleh menimpa semua tetapan mengunci atau menghentikan program.

3.Quark adalah alat keselamatan bergaya-Matrix yang melindungi komputer anda dari akses tidak sah dengan mengunci skrin dan menolak setiap interaksi pengguna sampai password yang benar dimasukkan. Skrin ini penuh dengan deretan aksara berwarna hijau dengan tempat password berkelip di latar depan.
Seiring dengan kesan visual yang berteknologi tinggi, kesan suara robot yang boleh didengar selama kunci, menaip dan membuka kunci. Untuk mengaktifkan Quark anda harus klik dua kali pada QLoad.exe dan menetapkan kata laluan anda. Kemudian klik dua kali pada Quark.exe untuk mengunci skrin. Bila skrin dikunci anda tidak boleh mengakses aplikasi dari komputer. Bahkan menekan butang Ctrl + Alt + Del tidak dapat.

4.Predator adalah utiliti percuma yang membolehkan anda untuk  mengunci komputer anda sementara,ketika anda harus menjauh dengan menggunakan flash disk USB sebagai kunci. Pertama kali anda menjalankan Predator, anda perlu memasang "kunci" pada flash disk. Selama flash disk dipasangkan ke komputer, komputer anda tidak terkunci. Apabila anda mengambil flash disk komputer anda akan dikunci.
Keyboard dan mouse tidak aktif dan skrin akan digelapkan. Tidak ada cara untuk mengakses PC kecuali anda memasukkan USB flashdisk kembali ke komputer. Setelah flash disk kembali di tempatnya, komputer akan dibuka. Predator juga akan menglog semua peristiwa ke dalam sebuah file. Log sehingga anda dapat melihat apakah ada yang cuba secara tidak sah masuk ke PC anda, atau keluar program. Hal terbaik tentang Predator, anda boleh mengunci beberapa PC dengan menggunakan flash disk perseorangan.


5.BtProx adalah program percuma, aplikasi Windows open source yang mengambil keuntungan dari kemampuan dasar Bluetooth untuk mengesan peranti Bluetooth untuk secara automatik mengunci komputer Windows anda setiap kali anda menjauh dari komputer anda.
Untuk menggunakannya, anda harus mempunyai Bluetooth telefon bimbit atau peranti yang sesuai dan berpasangan ke komputer anda. BtProx berjalan pada system tray dan terus memeriksa untuk memastikan bahawa telefon anda berada dalam liputan. Jika anda berjalan jauh dari komputer anda dan di luar liputan peranti Bluetooth, BtProx akan mengaktifkan screensaver untuk mengunci skrin anda atau bahkan menjalankan program pilihan anda.
Salah satu kelemahan dari aplikasi ini adalah bahawa Bluetooth harus terus diaktifkan setiap waktu yang secara signifikan dapat mengurangkan bateri telefon anda.

Demikian beberapa cara untuk mengunci komputer anda pada saat anda meninggalkannya di ruangan pejabat, dll
Harap-harap membantu