Saturday 17 March 2012

Kiraan Matematik


Assalamualaikum...
Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.
Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang
melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai
rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100
000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua
orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.