Pemacu storan USB adalah gadget yang menyimpan data-data dengan kapaciti yang tinggi. Saiznya yang kecil dan pelbagai bentuk telah menarik minat ramai pengguna untuk membelinya berbanding DVD ROM yang bulat dan bersaiz besar. Dengan jaminan waranti yang lama dan harganya yang berpatutan kini pengguna di seluruh dunia mampu memiliki 1 pemacu storan USB. Jenama pemacu storan USB yang boleh anda miliki di antaranya
- Kingston
- Sony
- Sandisk
- Toshiba
- PenDrive
Komponen storan USB
1.Penyambung USB
2.Alat pengawal storan massa USB
3.Titik ujian
4.Cip "Flash memory"
5.Crystal oscillator
6.LED
7.Ruang untuk cip flash memory kedua.
Kebaikan dan keburukan storan USB
Kebaikan
- Calar, hakisan dan habuk tidak akan merosakkannya.
- Kecil dan mudah dibawa kemana-mana saja yang anda suka.
- Terdapat pemacu storan USB yang mempunyai MP3.
- Semua sistem OS terkini boleh mengunakanya.
- Mempunyai saiz penyimpanan data yang tinggi, kapasiti 256 Gb kini terdapat dipasaran.
Keburukan
- Saiznya yang kecil membolehkan pencuri membuat silap mata ( tinggg..hilang dan lesap begitu saja).
- Harga yang mahal untuk memiliki USB kapasiti tinggi dibanding dengan disc DVD ROM.
- Tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi melindungi data-data peribadi dalam storan USB.
Masalah-Masalah dan Cara Mengatasinya
Terdapat banyak sebab yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya:
- Terdapat program yang masih berjalan di komputer anda semasa hendak "eject".
- Pemindahan fail masih lagi berjalan.
- Terdapat virus pada storan USB anda.
- Storan USB anda rosak.
Bagi mendapatkan cara-cara mengatasi masalah semasa "eject" storan USB anda, klik pada CARA TANGANI STORAN USB. Jika tidak juga berjaya, saya cadangkan anda cabut saja storan USB anda dari komputer.
sumber: tetikus
0 comments:
Post a Comment
Anda boleh tinggalkan komen di tempat yang telah disediakan..